March 19, 2014

Menjual Abaya Tanah Arab Perlukan Passion Yang Tinggi

[ Menjual #Abaya Tanah Arab Perlukan Passion Yang Tinggi ]

Ada yang baru mula berniaga abaya import bertanya, bagaimana untuk mengekalkan momentum positif dalam memasarkan abaya yang 'berharga' ini?

Kakchik ingin menjawab begini bagi membantu mereka terus positif dan bersemangat untuk menawarkan pakaian alternatif untuk menutup aurat ini.

1. Niat Yang Betul
Setiap hari apabila mula untuk berurusniaga (login facebook, masuk ke fanpage, update status dan sebagainya) setiap pagi, tanya diri, "apakah niatku menjalankan bisnes ini sebenarnya?" Jawablah dengan jujur. InsyaAllah di situ bermulanya semangat positif kita.

2. Yakin Dengan Produk Sendiri
Ya, amat penting kita sebagai penjual meyakini segala aspek dalam produk yang kita pasarkan. Kena yakin tujuannya untuk apa dan siapa yang kita akan bantu dengan produk ini. Perlu juga yakin dengan segala sifat-sifatnya seperti jenis, potongan, dari negara mana, kenapa harganya begini, sesuai dipakai ke mana, cara nak memakainya dan lain-lain. Yakin juga dengan kualitinya. Yakin dan jelas dengan segala info mengenainya. Bila ada yang bertanya, kita dapat menjawab dengan yakin, jujur dan sebaik mungkin.

3. Guna Produk Sendiri
Ini cara kakchik ya. Kalau taknak ikut terserah kat budi bicara kalian. Menjual pakaian menutup aurat, pasti kerana asalnya kakchik memakainya. Kakchik pakai abaya ke segala majlis, pelbagai acara, pelbagai aktiviti, dalam cuaca yang berubah-ubah dan ke mana-mana sahaja. Pengalaman menggunakan sendiri produk akan mengajar kita tentang kesesuaian, perasaan, penggayaan, dan macam-macam lagi. Pengalaman ini amatlah berharga dan ia terpancar dalam penampilan kita, percakapan kita dan akhlak kita.

4. Cinta dan Suka dengan Produk Kita
Kalau kita menjual sekadar mahu mencari wang, wang kita akan dapat namun kita hilang rasa indah, kita tidak dapat menikmati nilai barakah, kita mungkin tidak dapat menghayati erti pakaian menutup aurat, pakaian sunnah isteri-isteri nabi. Perasaan cinta dan suka akan menjadikan kita akan selalu mahu memakainya. Semakin hari semakin seronok menutup badan dengan pakaian berwarna hitam. Terasa nyaman, tenang dan aman. Kecintaan ini menjadi pendorong kita untuk bercakap tentang abaya (boleh non-stop hehe), berkongsi info tentang fesyen abaya, berbincang tentang perubahan trend pakaian di kalangan muslimah, menjalankan bisnes abaya untuk memudahkan lebih ramai wanita lain merasai perasaan yang sama dengan yang kita rasa.

5. Educate Your Customer
Memasarkan abaya yang berkualiti tinggi sememangnya perlu tahu sesuai untuk siapa. Mungkin kalangan pelajar masih belum mampu berbelanja untuk abaya ini. Tidak mengapa kerana pilihan abaya di pasaran sangat banyak. Mereka masih boleh berabaya. Cuma kita memilih untuk memasarkan abaya ini, kerana perkara-perkara di atas tadi. Ada lagi sebab lain tapi semasa menulis ni kakchik tak ingat pula. Ada masanya orang persoalkan tentang harga. Orang bijak dan cerdik apabila faham perkataan 'custom made', 'pre order', 'import' dan bukan borong, insyaAllah mereka tidak akan terlalu persoalkan harga. Mereka tahu kita hanya dapat diskaun kecil dari supplier, kita hanya dapat komisyen jualan, kita pula selalu perlu bayar cukai kastam. Page kita kena juga diisikan dengan ilmu dan maklumat tentang urusan bisnes kita selain tentang produk. InsyaAllah ia akan membantu para pelanggan memahami situasi dan cara kerja bisnes kita.

#kakchik #abayaelegan #abayaeleganlovers
#prayformh370 #pray4mh370

No comments:

Post a Comment

JUBAH NIKAH & BERTUNANG

FREE SIZE PRICE RM379.00 TO ORDER:  www.wasap.my/60169213659

Labels

Dubai Pre-Orders Sold Makluman Koleksi DAC Koleksi AS RM200 - RM300 RM150 - RM200 Ready-Stock Arab Saudi Tracking No Saiz S Saiz M TEMPAHAN Saiz XS Koleksi Jeddah PRE ORDER Open Front fashion polyvore style RM80 - RM150 Saiz L RM300 - RM400 Testimonial Sale Abaya Qatar Close Front Saiz XL Style Ideas Koleksi Eksklusif Penghantaran Hari Ini IN STOCK Inilah Kisahku Malaysia Shayla Butterfly Abaya Colored Abaya Koleksi IffahZara Gerai Jualan Promosi Jubah Koleksi NA Eksklusif My Story Pakistan Pashmina Pelanggan Yang Puashati Tudung 60 inci Video jenis material abaya How To IMKK Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan JENIS KAIN ABAYA Koleksi Sahara Niqab atau Purdah Tutorial Shayla Abaya Umbrella Cara Pakai Shayla Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya Guerlain Indonesia Jalabiya Koleksi BAT Koleksi Ibu Menyusu Nota Penghabisan Stok Saiz XXL Umbrella Abaya abaya jenis-jenis kain Coach Fursan INFO Idea Bergaya Jualan Ramadhan Monsoon Pertandingan Mencipta Logo Qatar Seminar Dr Azizan Osman Testimoni Vietnam A-cut Abaya Dubai Abaya Premium Accessorize Beg Tangan Koleksi Farlisey Bisnes Online Cara Pilih Saiz Abaya Custom Made Designer Replicas ELMU BISNES Ilmu Kain Abaya Kain Nida Koleksi Laniz Koleksi NA Koleksi RINAS Koleksi Umbrella Luxury Abaya Motivasi Bisnes Nearly Natural RM10 - RM70 Saudi crepe Seminar Marketing Power Single Layer Niqab Soal Jawab Abaya Stok Semasa TIP PENJAGAAN ABAYA Tip Membeli Abaya Year End Sale jenis-jenis bentuk abaya saiz abaya ALDO ARTIKEL Abaya Bajet Abaya Baru Abaya Berkualiti Abaya Fabric Abaya Fursan Abaya Kuwait Abaya Ladies Abaya Mahal Abaya Material Abaya Murah Abaya Party Abaya Replika Abaya Tanah Arab Abaya untuk semua Alumni Dr Azizan Osman Ann Taylor Apa itu abaya Aqsa Syarif Asal-usul abaya Auteurs Du Monde BANGKIT BANGKIT2014 Banjir di Thailand Bantaun Kemanusiaan Bencana Alam Bentuk Abaya Bersolek Big Buddha Big Shawl Buccellati By Malene Birger CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA Cakna Palestin Cara Ukur Abaya Carlos by Carlos Santana Clearance Sale Coaching DR AZIZAN OSMAN Demonstrasi Pakai Tudung Dunia Bisnes FAUSTO PUGLISI Fabric for abaya Feedback From Zero To Hero GIVEAWAY Hari Raya House of Harlow 1960 Hukum-Hakam IJI 2013 IJI2013 ISTIMEWANYA ABAYA QATAR Idea Adalah Rezeki Ikim.fm Intensif Jutawan Industri Internet crepe fabric Iosselliani Istilah Perniagaan Jane Norman Jualan Murah Jualan Penghabisan Stok Jualan Pra-Ramadhan Kain Fursan Kain Saudi Crepe Kak Tengku Norihan Punya Pasal Karnival Karnival Mahabbah Ikim.fm Kelantan Kelas Bisnes Online Percuma Keputusan Pertandingan Koleksi HnS Koleksi MoonAbaya Kota Bharu Kurt Geiger Lancôme Laura Mercier Lexus fabric Louis Vuitton MICHAEL Michael Kors Maklumbalas Makna abaya Mango Market Membeli-belah Moyna Mulberry Nida Nordic Ware Nuevo Oasis Online Bisnes Oozoo Opening Ceremony Organizational Behaviour Our Clients PEMASARAN PERLAKUAN ORGANISASI PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP Pakaian Solat Ready Pakaian menutup aurat Pengumuman Perkongsian Ilmu Pieces Plain Abaya Prada Prinsip Penting Bila Jual Pakaian Muslimah Proenza Schouler RM500 ke atas Readymade Roberto Del Carlo SPONSOR ABAYA Sedia Untuk Solat Selendang Arab Seminar Senarai 101 Impian Shawl Shopping Soal Jawab Agama Solat Ready Sole Society Speaking Stadium Sultan Muhammad Ke IV Susan Caplan Vintage Syarat Pakaian Wanita Islam TATARIAS ABAYA TIP BISNES TIP MEMBELI ABAYA ORIGINAL DARI NEGARA TELUK Tabaruj Tabung Kemanusiaan Gaza Tabung Palestin Tarha Tazkirah Tempoh Menunggu The Difference Between Abaya And Jelbab Tip Content Marketing Tips Tips Membeli Abaya di Mekah/Madinah Tips Memilih Rekaan Abaya Tips Memilih Saiz Abaya Type of fabric for abaya Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-2 Vans Yves Saint Laurent Zara Zimmermann abaya for work abaya shape abaya untuk badan besar abaya untuk orang kecil bisht daily essentials di mana abaya dijahit eid mubarak import abaya dari mana jilbab saiz-saiz abaya tempat jahit abaya what is abaya working attire

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails