December 16, 2013

[Abaya Gaya Ringkas Dan Jimat Bajet]

[Abaya Gaya Ringkas Dan Jimat Bajet]

Hari ni kakchik nak kongsikan beberapa set cadangan menggayakan abaya bagi mereka yang masih belajar atau sesiapa saja yang tiada bajet yang banyak. Kakchik tahu ramai yang mahu memakai abaya dari Dubai tu tapi bila tengok harganya, hajat hati terpaksalah ditunda dan ditunda. Kakchik ada cadangan untuk sesiapa saja yang ingin menggayakan abaya dan menjimatkan belanja. Cadangan ni sesuai untuk sesiapa yang punya bajet lebih kurang RM250.00. Jumlah ini adalah anggaran kakchik untuk:

1. Sehelai abaya - RM90.00
2. Sepasang kasut - RM60.00
3. Seutas beg tangan - RM50.00
4. Aksesori ringkas - RM10.00

Kalau nak kira takdelah sampai RM250.00 tapi lebih kuranglah ya. Yang penting kat sini ialah ABAYA. Item yang lain tu tak perlulah dibeli acap-acap kali kan? Omputih kata 'Mix & Match' gitu. Setahu kakchik di zaman sekarang ni kebanyakan wanita mempunyai lebih dari sepasang kasut atau beg tangan. Aksesori pun berlambak dalam almari tu. Betul ke tidak, allahu'alam.

Abaya Murah

Persoalannya, mana nak cari abaya yang harga murah dari RM100 ni? Ada... cuma bukan diimport dari Timur Tengah. Tak kiralah dari Dubai ke... Doha ke... Jeddah ke... atau Mesir. Harga abaya tu semua majoritinya lebih dari RM150 sehelai. Kalau beli sendiri kat negara-negara tu tentulah boleh dapat lebih murah tapi kakchik cakap pasal nak dapat kat Malaysia ni. Kalian cari abaya dari Vietnam atau abaya yang dijahit oleh pengeluar-pengeluar abaya atau jubah tempatan. Insyaallah ada yang pandai menjahit abaya dengan potongan seperti abaya Dubai tu iaitu 'A-Cut' dan 'Princess Cut'.

Kalau biasa ke Mekah atau Madinah, ada yang kata dia beli abaya kat sana murah-murah je. Harga tak sampai RM120. Iyalah... beli kat sana dan bawa balik dengan bagasi sendiri kan. Bagi orang yang buat bisnes macam kakchik ni, harga modal sehelai mungkin RM120 tapi nak bawa ke Malaysia kena campur kos penghantaran, kadang-kadang kena cukai, nak bayar duit kepada pembekal melalui Western Union (tak semua pembekal ya) terpaksa pula bayar yuran servis, jadi bila nak jual, harganya naik sekali ganda atau lebih sedikit. Barulah ada untung dalam RM30 - RM50.

Sebab itulah harga abaya yang kakchik jual rata-rata antara RM150 - RM300. Jarang-jarang ada yang bawah RM100. Kalau ada, biasanya kainnya kurang berkualiti. Orang kata, alang-alang membeli barang import, baiklah kita beli yang berkualiti kan? Tahan lama bila dipakai, selesa dan berbaloi duit yang dilaburkan. Kelebihan abaya dari Dubai (atau negara Timur Tengah yang lain) ialah warna hitamnya pekat, hitam legam kata orang, walaupun hitam, material yang berkualiti buat kita selesa memakainya dalam cuaca Tropika dan potongan kembang payungnya sesuai dengan bentuk tubuh wanita Malaysia.

Sebagai contoh set ini: Rujuk Gambar 1



Abaya kosong atau kakchik panggil 'plain black' ni kalau yang dari Dubai biasanya RM170.00 sehelai tanpa shayla. Jika dijahit di sini rasanya dalam RM50 - RM80 je sehelai. Jika nak juga abaya Dubai, melaburlah sikit dengan modal RM170.00 tu insyaallah boleh gayakannya dengan pelbagai cara kerana sehelai abaya hitam boleh dipadankan dengan apa juga warna. Kita hanya perlu kreatif saja.

Yang ini pula: Rujuk Gambar 2



Amat ringkas kan? Jika anda seorang pelajar, gaya ini boleh diamalkan. Tak perlu beli abaya yang mahal-mahal tu kalau nak pakai ke kuliah. Yang mahal-mahal tu beli khusus untuk dipakai ke majlis-majlis rasmi je. Misalnya, pada hari raya, kenduri kahwin, hari bertunang dan sebagainya.

Hari ni kakchik tak sempatlah nak senaraikan pages atau blogshop-blogshop yang ada menjual abaya murah ni. Tak sempat nak cek di beberapa pages & blogshop yang kakchik pernah tengok dlm minggu lepas. Insyaallah jika sempat esok kakchik update. Mana tahu mungkin pautan tu boleh membantu sesiapa saja yang punya bajet rendah.

Begini pun boleh juga: Rujuk Gambar 3



Entahlah idea-idea kakchik ni boleh diterima ke tidak. Kakchik hanya bayangkan dan ingati semula masa kakchik masih bergelar mahasiswi satu masa dulu. Rasanya pakai yang ringkas begini saja yang selesa. Zaman sekarang ni lebih ramai orang suka pakai seluar tapi kakchik cuma nak cadangkan pakai jubah atau abaya kerana ia lebih sunnah.

Dah letih la. Kakchik rasa cukuplah dulu dengan 3 cadangan di atas. Lebih kurang je sebenarnya antara 3 contoh tu tapi kena tanya cita-cita masing-masinglah ya. Jika ada yang berminat nak beli abaya dalam set yang terakhir tu, kakchik ada jual. Itu namanya Abaya Surayya berharga RM170.00 dari Dubai. Walaupun 'plain' saja ia berkualiti dan potongannya pun sesuai dengan bentuk badan kita, wanita Asia.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

ELENA KIMONO ABAYA UNTUK PRE ORDER

TARIKH TUTUP: 9 September 2017 TARIKH SAMPAI: 10 September 2017 PENGEPOSAN KEPADA PELANGGAN: 11 September 2017 CODE: ELENA KIMO...

Labels

Dubai Pre-Orders Sold Makluman Koleksi DAC Koleksi AS RM200 - RM300 RM150 - RM200 Ready-Stock Arab Saudi Tracking No Saiz S Saiz M TEMPAHAN Saiz XS Koleksi Jeddah PRE ORDER Open Front fashion polyvore style RM80 - RM150 Saiz L RM300 - RM400 Testimonial Sale Abaya Qatar Close Front Saiz XL Style Ideas Koleksi Eksklusif Penghantaran Hari Ini IN STOCK Inilah Kisahku Malaysia Shayla Butterfly Abaya Colored Abaya Koleksi IffahZara Gerai Jualan Promosi Jubah Koleksi NA Eksklusif My Story Pakistan Pashmina Pelanggan Yang Puashati Tudung 60 inci Video jenis material abaya How To IMKK Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan JENIS KAIN ABAYA Koleksi Sahara Niqab atau Purdah Tutorial Shayla Abaya Umbrella Cara Pakai Shayla Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya Guerlain Indonesia Jalabiya Koleksi BAT Koleksi Ibu Menyusu Nota Penghabisan Stok Saiz XXL Umbrella Abaya abaya jenis-jenis kain Coach Fursan INFO Idea Bergaya Jualan Ramadhan Monsoon Pertandingan Mencipta Logo Qatar Seminar Dr Azizan Osman Testimoni Vietnam A-cut Abaya Dubai Abaya Premium Accessorize Beg Tangan Koleksi Farlisey Bisnes Online Cara Pilih Saiz Abaya Custom Made Designer Replicas ELMU BISNES Ilmu Kain Abaya Kain Nida Koleksi Laniz Koleksi NA Koleksi RINAS Koleksi Umbrella Luxury Abaya Motivasi Bisnes Nearly Natural RM10 - RM70 Saudi crepe Seminar Marketing Power Single Layer Niqab Soal Jawab Abaya Stok Semasa TIP PENJAGAAN ABAYA Tip Membeli Abaya Year End Sale jenis-jenis bentuk abaya saiz abaya ALDO ARTIKEL Abaya Bajet Abaya Baru Abaya Berkualiti Abaya Fabric Abaya Fursan Abaya Kuwait Abaya Ladies Abaya Mahal Abaya Material Abaya Murah Abaya Party Abaya Replika Abaya Tanah Arab Abaya untuk semua Alumni Dr Azizan Osman Ann Taylor Apa itu abaya Aqsa Syarif Asal-usul abaya Auteurs Du Monde BANGKIT BANGKIT2014 Banjir di Thailand Bantaun Kemanusiaan Bencana Alam Bentuk Abaya Bersolek Big Buddha Big Shawl Buccellati By Malene Birger CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA Cakna Palestin Cara Ukur Abaya Carlos by Carlos Santana Clearance Sale Coaching DR AZIZAN OSMAN Demonstrasi Pakai Tudung Dunia Bisnes FAUSTO PUGLISI Fabric for abaya Feedback From Zero To Hero GIVEAWAY Hari Raya House of Harlow 1960 Hukum-Hakam IJI 2013 IJI2013 ISTIMEWANYA ABAYA QATAR Idea Adalah Rezeki Ikim.fm Intensif Jutawan Industri Internet crepe fabric Iosselliani Istilah Perniagaan Jane Norman Jualan Murah Jualan Penghabisan Stok Jualan Pra-Ramadhan Kain Fursan Kain Saudi Crepe Kak Tengku Norihan Punya Pasal Karnival Karnival Mahabbah Ikim.fm Kelantan Kelas Bisnes Online Percuma Keputusan Pertandingan Koleksi HnS Koleksi MoonAbaya Kota Bharu Kurt Geiger Lancôme Laura Mercier Lexus fabric Louis Vuitton MICHAEL Michael Kors Maklumbalas Makna abaya Mango Market Membeli-belah Moyna Mulberry Nida Nordic Ware Nuevo Oasis Online Bisnes Oozoo Opening Ceremony Organizational Behaviour Our Clients PEMASARAN PERLAKUAN ORGANISASI PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP Pakaian Solat Ready Pakaian menutup aurat Pengumuman Perkongsian Ilmu Pieces Plain Abaya Prada Prinsip Penting Bila Jual Pakaian Muslimah Proenza Schouler RM500 ke atas Readymade Roberto Del Carlo SPONSOR ABAYA Sedia Untuk Solat Selendang Arab Seminar Senarai 101 Impian Shawl Shopping Soal Jawab Agama Solat Ready Sole Society Speaking Stadium Sultan Muhammad Ke IV Susan Caplan Vintage Syarat Pakaian Wanita Islam TATARIAS ABAYA TIP BISNES TIP MEMBELI ABAYA ORIGINAL DARI NEGARA TELUK Tabaruj Tabung Kemanusiaan Gaza Tabung Palestin Tarha Tazkirah Tempoh Menunggu The Difference Between Abaya And Jelbab Tip Content Marketing Tips Tips Membeli Abaya di Mekah/Madinah Tips Memilih Rekaan Abaya Tips Memilih Saiz Abaya Type of fabric for abaya Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-2 Vans Yves Saint Laurent Zara Zimmermann abaya for work abaya shape abaya untuk badan besar abaya untuk orang kecil bisht daily essentials di mana abaya dijahit eid mubarak import abaya dari mana jilbab saiz-saiz abaya tempat jahit abaya what is abaya working attire

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails