October 20, 2013

[Sukarnya Nak Masuk Kelas Dr Azizan Osman]

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukarnya nak masuk kelas Dr Azizan Osman. Itulah yang kakchik alami apabila kakchik menyatakan hasrat hati untuk menyertai Seminar Marketing Power (SMP) kepada suami dan rakan-rakan terdekat. Kesukaran ini sebenarnya lebih kepada cabaran emosi kerana kakchik terpaksa mendengar pelbagai reaksi negatif terhadap hasrat hati itu.

Selepas kakchik membaca kisah kejayaan Kak Tengku Norihan di dalam Metro Ahad dan buat pertama kalinya kakchik betul-betul membaca iklan yang ada di sebelahnya walhal sudah beberapa kali kakchik melihatnya sebelum ini. Itulah dia iklan Seminar Marketing Power (SMP) yang akan diadakan kalau tak silap kakchik dalam bulan Nov 2011. Lebih kurang beberapa hari saja dari tarikh kakchik membacaiklan tersebut.

Kakchik mula mencari maklumat.

Sebagai seorang usahawan kakchik sudah banyak kali menyertai seminar dan kursus-kursus usahawan yang dianjurkan di dalam negeri, sama ada oleh agensi Kerajaan Negeri mahupun pihak swasta. Selalunya kakchik menyertainya bersama suami kerana beliaulah yang banyak mendapat maklumat mengenai program-program tersebut. Tapi kali ini kakchik perlu membuat carian dan rujukan. Memang begitu cara kakchik apabila mahu menyertai apa-apa program terutama yang dianjurkan oleh seseorang yang terkenal dan kaya-raya.

Kakchik dah biasa tengok pelbagai iklan jutawan di dalam suratkhabar dan bagi kakchik itu bukan untuk kakchik tapi untuk orang-orang yang takde kerja melainkan nak cepat kaya je... skeptikal sangat kan? Ye lah... kita dah ada kerjaya, gaji masuk setiap bulan cuma tak pernahnya nak cukup hehe. Bisnes pun buat tapi lambat juga boleh langsaikan hutang.

Bila dah mencari (melalui internet) maka bertimbunlah kakchik dapat maklumat yang nak percaya pun susah. Kakchik pilih beberapa link blog dan artikel-artikel yang ditulis tentang Dr Azizan Osman. Fuh! Punya banyak yang negatif dan seperti over sangat. Semasa membaca artikel tu kakchik dapat rasakan aura kebencian dan kedengkian dari penulis-penulisnya. Itu perasaan kakchiklah... pada masa tu. Kakchik belum share dengan sesiapa, hatta dengan suami pun tidak.

Hati kakchik kata, lagi banyak yang negatif orang cakap, lagi kakchik nak tahu. Kakchik cek pula page dia di fesbuk. Wah! Ramainya follower. Dan kakchik mula membaca satu persatu status yang ada, membaca juga sebahagian komen-komen yang ada, melihat cara pendekatan bahan sharing yang ada. Hati kakchik makin kuat nak tahu, nak tengok orangnya, nak dengar sendiri dari mulut beliau, nak judge sendiri benar atau tidak segala dakwaan, tohmahan yang kakchik dengar dan baca.

Ok, kawan dan kenalan fesbuk kakchik ramai. Masa tu dah lebih dari seribu orang. Apakata kakchik pos satu soalan di wall fb kakchik, dan lihat apa respon kawan-kawan. Kakchik pun poslah satu status lebih kurang begini:

"Siapa pernah masuk kelas Dr Azizan Osman? Tolong share sikit pro dan kontranya?"

Kakchik cari balik status tu tapi tak jumpa. Entah hilang ke mana semua status-status kakchik dalam tempoh tu. Anyway, kakchik dapat banyak sangat respon.... respon yang NEGATIF. Ada yang respon terus di ruangan komen dan ada juga yang hantar PM. Lebih kurang begini respon-responnya:

"Tak payahlah kakchik, nanti kena menari."
"Kakchik tak takut khurafat ke?"
"Dia pernah bercerai tu kakchik. Katanya guna duit isterilah buat bisnes lingkup."
"Tipu je kakchik. Nanti habis duit ribu-riban sia-sia je."
"Mahal tu... asyik nak ambik duit orang je. Dia kaya raya, kita miskin jugak."

Dan macam-macam lagi. Hmm... bila kakchik tanya orang yang komen, "Awak dah pernah pergi ke kelas dia?" jawabnya, "Tak eh... orang yang cakap...." Lerrr.... grrr. Bila kakchik tanya, "Wajib ke menari tu?" Ye lah kakchik ni pakai abaya, pakai niqab, penampilan muslimah dan kakchik pun tahu, tak boleh menari jika ada lelaki bukan mahram, timbul fitnah dan sebagainya. Jawabnya, "Tak tahulah pulak, saya belum pernah masuk kelas dia." Isyk.... kakchik cukup tak gemar dengan sikap sebegini. Tak pernah usul periksa, tak pernah cek sendiri tapi cepat je memberikan reaksi negatif. Apa pasal ek?

Kakchik nak masuk SMP.

Halangannya banyak. Suami macam tak nak izinkan.... macam... belum cuba tanya lagi tu :) Tiap kali selepas solat, kakchik berdoa agar Allah tunjukkan pilihan terbaik, daftar dan sertai atau dengar saja caka-cakap orang. Dalam pada tu kakchik berfikir bagaimana nak pujuk agar suami mengizinkan. Kakchik terbaca satu artikel seorang ustaz, dia kata, untuk pujuk suami ni mudah, layanlah makan minum dia dengan paling bagus, senagkan hatinya, pakai pakaian yang indah, yang seksi semasa berada di rumah bersamanya, bak kata jadilah isteri yang solehah. Alhamdulillah resepi itu berjaya walau diuji penuh emosi.

Akhirnya di dalam hujan renyai-renyai, kelewatan, kakchik sampai juga ke Kelantan Trade Center (KTC) untuk Seminar Marketing Power yang memang power. Seminar pertama yang berjaya menyanggah segala persepsi negatif dan memulakan lembaran baru dalam hidup kakchik dan bisnes kakchik. Belum pun SMP tamat, kakchik terus bertindak. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Gambar semasa Advanced Marketing Power 2011

Allah memberi petunjuk, kita manusia mesti mencari, buat R & D, kenali guru kemudian bertindak mengikut strategi yang diajarkan.

#kakchikniza
#abayaeleganlovers
#inilahkisahku
#mystory

2 comments:

READYSTOCK : DUBAI ABAYA SIZE 52 & 58

Stock is in Malaysia. Imported from Dubai, UAE. Price : RM240.00 / USD 58 To Order: Screenshot & Whatsapp to +60169213659 .

Labels

Dubai Pre-Orders Sold Makluman Koleksi DAC Koleksi AS RM200 - RM300 RM150 - RM200 Ready-Stock Arab Saudi Tracking No Saiz S Saiz M TEMPAHAN Saiz XS Koleksi Jeddah PRE ORDER Open Front fashion polyvore style RM80 - RM150 Saiz L RM300 - RM400 Testimonial Sale Abaya Qatar Close Front Saiz XL Style Ideas Koleksi Eksklusif Penghantaran Hari Ini IN STOCK Inilah Kisahku Malaysia Shayla Butterfly Abaya Colored Abaya Koleksi IffahZara Gerai Jualan Promosi Jubah Koleksi NA Eksklusif My Story Pakistan Pashmina Pelanggan Yang Puashati Tudung 60 inci Video jenis material abaya How To IMKK Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan JENIS KAIN ABAYA Koleksi Sahara Niqab atau Purdah Tutorial Shayla Abaya Umbrella Cara Pakai Shayla Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya Guerlain Indonesia Jalabiya Koleksi BAT Koleksi Ibu Menyusu Nota Penghabisan Stok Saiz XXL Umbrella Abaya abaya jenis-jenis kain Coach Fursan INFO Idea Bergaya Jualan Ramadhan Monsoon Pertandingan Mencipta Logo Qatar Seminar Dr Azizan Osman Testimoni Vietnam A-cut Abaya Premium Accessorize Beg Tangan Koleksi Farlisey Bisnes Online Cara Pilih Saiz Abaya Custom Made Designer Replicas ELMU BISNES Ilmu Kain Abaya Kain Nida Koleksi Laniz Koleksi NA Koleksi RINAS Koleksi Umbrella Luxury Abaya Motivasi Bisnes Nearly Natural RM10 - RM70 Saudi crepe Seminar Marketing Power Single Layer Niqab Soal Jawab Abaya Stok Semasa TIP PENJAGAAN ABAYA Tip Membeli Abaya Year End Sale jenis-jenis bentuk abaya saiz abaya ALDO ARTIKEL Abaya Bajet Abaya Baru Abaya Berkualiti Abaya Dubai Abaya Fabric Abaya Fursan Abaya Kuwait Abaya Ladies Abaya Mahal Abaya Material Abaya Murah Abaya Party Abaya Replika Abaya Tanah Arab Abaya untuk semua Alumni Dr Azizan Osman Ann Taylor Apa itu abaya Aqsa Syarif Asal-usul abaya Auteurs Du Monde BANGKIT BANGKIT2014 Banjir di Thailand Bantaun Kemanusiaan Bencana Alam Bentuk Abaya Bersolek Big Buddha Big Shawl Buccellati By Malene Birger CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA Cakna Palestin Cara Ukur Abaya Carlos by Carlos Santana Clearance Sale Coaching DR AZIZAN OSMAN Demonstrasi Pakai Tudung Dunia Bisnes FAUSTO PUGLISI Fabric for abaya Feedback From Zero To Hero GIVEAWAY Hari Raya House of Harlow 1960 Hukum-Hakam IJI 2013 IJI2013 ISTIMEWANYA ABAYA QATAR Idea Adalah Rezeki Ikim.fm Intensif Jutawan Industri Internet crepe fabric Iosselliani Istilah Perniagaan Jane Norman Jualan Murah Jualan Penghabisan Stok Jualan Pra-Ramadhan Kain Fursan Kain Saudi Crepe Kak Tengku Norihan Punya Pasal Karnival Karnival Mahabbah Ikim.fm Kelantan Kelas Bisnes Online Percuma Keputusan Pertandingan Koleksi HnS Koleksi MoonAbaya Kota Bharu Kurt Geiger Lancôme Laura Mercier Lexus fabric Louis Vuitton MICHAEL Michael Kors Maklumbalas Makna abaya Mango Market Membeli-belah Moyna Mulberry Nida Nordic Ware Nuevo Oasis Online Bisnes Oozoo Opening Ceremony Organizational Behaviour Our Clients PEMASARAN PERLAKUAN ORGANISASI PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP Pakaian Solat Ready Pakaian menutup aurat Pengumuman Perkongsian Ilmu Pieces Plain Abaya Prada Prinsip Penting Bila Jual Pakaian Muslimah Proenza Schouler RM500 ke atas Readymade Roberto Del Carlo SPONSOR ABAYA Sedia Untuk Solat Selendang Arab Seminar Senarai 101 Impian Shawl Shopping Soal Jawab Agama Solat Ready Sole Society Speaking Stadium Sultan Muhammad Ke IV Susan Caplan Vintage Syarat Pakaian Wanita Islam TATARIAS ABAYA TIP BISNES TIP MEMBELI ABAYA ORIGINAL DARI NEGARA TELUK Tabaruj Tabung Kemanusiaan Gaza Tabung Palestin Tarha Tazkirah Tempoh Menunggu The Difference Between Abaya And Jelbab Tip Content Marketing Tips Tips Membeli Abaya di Mekah/Madinah Tips Memilih Rekaan Abaya Tips Memilih Saiz Abaya Type of fabric for abaya Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-2 Vans Yves Saint Laurent Zara Zimmermann abaya for work abaya shape abaya untuk badan besar abaya untuk orang kecil bisht daily essentials di mana abaya dijahit eid mubarak import abaya dari mana jilbab saiz-saiz abaya tempat jahit abaya what is abaya working attire

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails