October 3, 2013

Inilah Kisahku: Kedaibuku Berpindah, Rak Pameran Pertama Abaya

Bismillahir Rahmanir Rahim

Semalam kakchik janji nak sambung cerita kan jadi hari ni kena usahakan menepati janji. Lagipun di saat banyak kenangan yang berligar di kepala masih lagi fresh baiklah kakchik tuliskan sebelum terlupa.

Dari tahun 2005 hingga 2009 kedaibuku MariBaca Bookstore beroperasi dengan elok di Panji hinggalah masalah timbul apabila tuan kedai mahu menaikkan sewa dan aduan pengunjung yang selalu saja sukar mendapatkan parking apabila datang untuk membeli buku atau ketika menghantar anak-anak untuk sesi 'read aloud'. Almaklum, kedudukan kedaibuku yang begitu hampir dengan simpang empat dan di kawasan yang agak sibuk.
Seronoknya bila berada di dalam kedaibuku sendiri.
Kakchik mula mencari lokasi yang lebih selesa dan dekat dengan tempat kerja. Akhirnya kakchik mendapat tawaran sewa yang murah di dalam Kompleks Kota Sri Mutiara atau biasanya lebih dikenali dengan nama Billion. Selepas berbincang dengan suami dan para pekerja, kami pun berpindah ke aras 3 Billion, bersebelahan dengan stokis Avon dan SSM.

Permulaan yang baik, lokasi menarik namun semua itu bukan jaminan untuk bisnes semakin berkembang. Masalah mula timbul apabila pekerja kakchik yang amanah, rajin dan dinamik mahu melanjutkan pelajaran di bidang kecantikan. Kakchik perlu mencari pengganti dan ketika itu bisnes agak bagus maka 2 orang pembantu jualan kakchik gajikan. Alhamdulillah mereka semua kakitangan yang baik dan kakchik cuba sebaik mungkin menjadi majikan dan guru kepada mereka.

Permulaan Abaya Elegan menumpang sudut di MariBaca Bookstore.
Semasa beroperasi di dalam Billion inilah kakchik telah mula memperkenalkan abaya yang kakchik import kepada pasaran tempatan di Kota Bharu. Sebenarnya kakchik jatuh cinta pandang pertama kepada abaya semasa 'window shopping' di dalam Billion dan ternampak sebuah butik sedang 'clearance sale' kerana mahu tutup kedai. Di situlah kakchik melihat koleksi abaya hitam yang berharga lebih dari RM300 dijual pada harga RM100 lebih. Dan di situlah buat pertama kalinya kakchik membeli sepasang abaya yang dihasilkan dari Indonesia.

Ada kisah menarik mengenai abaya pertama itu, nanti kakchik kongsikan lagi.

Kakchik semakin sibuk dengan kerjaya, tumpuan kepada bisnes kedaibuku semakin kurang tapi minat dan cinta kepada abaya semakin meningkat. Cinta baru... pastinya mendapat perhatian lebih berbanding cinta lama yang semakin pudar kerana tiada usaha mengembalikan sinarnya.

Nanti kakchik sambung lagi lah...

********************************

Kepakaran kakchik ialah abaya-abaya dari negara-negara teluk dan kakchik membantu wanita bekerjaya untuk memilih abaya yang sesuai dengan personaliti mereka melalui perkongsian idea, tunjuk cara penggayaan, pelmilihan kain dan cutting, khidmat nasihat dan juga coaching agar para wanita muslimah dapat pakai abaya dengan elegan, modes, bergaya dan semestinya patuh syariah. 

KakChik Niza
Baiti Jannati, Kg. Pulau Melaka
3 Oktober 2013

No comments:

Post a Comment

READYSTOCK : DUBAI ABAYA SIZE 52 & 58

Stock is in Malaysia. Imported from Dubai, UAE. Price : RM240.00 / USD 58 To Order: Screenshot & Whatsapp to +60169213659 .

Labels

Dubai Pre-Orders Sold Makluman Koleksi DAC Koleksi AS RM200 - RM300 RM150 - RM200 Ready-Stock Arab Saudi Tracking No Saiz S Saiz M TEMPAHAN Saiz XS Koleksi Jeddah PRE ORDER Open Front fashion polyvore style RM80 - RM150 Saiz L RM300 - RM400 Testimonial Sale Abaya Qatar Close Front Saiz XL Style Ideas Koleksi Eksklusif Penghantaran Hari Ini IN STOCK Inilah Kisahku Malaysia Shayla Butterfly Abaya Colored Abaya Koleksi IffahZara Gerai Jualan Promosi Jubah Koleksi NA Eksklusif My Story Pakistan Pashmina Pelanggan Yang Puashati Tudung 60 inci Video jenis material abaya How To IMKK Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan JENIS KAIN ABAYA Koleksi Sahara Niqab atau Purdah Tutorial Shayla Abaya Umbrella Cara Pakai Shayla Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya Guerlain Indonesia Jalabiya Koleksi BAT Koleksi Ibu Menyusu Nota Penghabisan Stok Saiz XXL Umbrella Abaya abaya jenis-jenis kain Coach Fursan INFO Idea Bergaya Jualan Ramadhan Monsoon Pertandingan Mencipta Logo Qatar Seminar Dr Azizan Osman Testimoni Vietnam A-cut Abaya Premium Accessorize Beg Tangan Koleksi Farlisey Bisnes Online Cara Pilih Saiz Abaya Custom Made Designer Replicas ELMU BISNES Ilmu Kain Abaya Kain Nida Koleksi Laniz Koleksi NA Koleksi RINAS Koleksi Umbrella Luxury Abaya Motivasi Bisnes Nearly Natural RM10 - RM70 Saudi crepe Seminar Marketing Power Single Layer Niqab Soal Jawab Abaya Stok Semasa TIP PENJAGAAN ABAYA Tip Membeli Abaya Year End Sale jenis-jenis bentuk abaya saiz abaya ALDO ARTIKEL Abaya Bajet Abaya Baru Abaya Berkualiti Abaya Dubai Abaya Fabric Abaya Fursan Abaya Kuwait Abaya Ladies Abaya Mahal Abaya Material Abaya Murah Abaya Party Abaya Replika Abaya Tanah Arab Abaya untuk semua Alumni Dr Azizan Osman Ann Taylor Apa itu abaya Aqsa Syarif Asal-usul abaya Auteurs Du Monde BANGKIT BANGKIT2014 Banjir di Thailand Bantaun Kemanusiaan Bencana Alam Bentuk Abaya Bersolek Big Buddha Big Shawl Buccellati By Malene Birger CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA Cakna Palestin Cara Ukur Abaya Carlos by Carlos Santana Clearance Sale Coaching DR AZIZAN OSMAN Demonstrasi Pakai Tudung Dunia Bisnes FAUSTO PUGLISI Fabric for abaya Feedback From Zero To Hero GIVEAWAY Hari Raya House of Harlow 1960 Hukum-Hakam IJI 2013 IJI2013 ISTIMEWANYA ABAYA QATAR Idea Adalah Rezeki Ikim.fm Intensif Jutawan Industri Internet crepe fabric Iosselliani Istilah Perniagaan Jane Norman Jualan Murah Jualan Penghabisan Stok Jualan Pra-Ramadhan Kain Fursan Kain Saudi Crepe Kak Tengku Norihan Punya Pasal Karnival Karnival Mahabbah Ikim.fm Kelantan Kelas Bisnes Online Percuma Keputusan Pertandingan Koleksi HnS Koleksi MoonAbaya Kota Bharu Kurt Geiger Lancôme Laura Mercier Lexus fabric Louis Vuitton MICHAEL Michael Kors Maklumbalas Makna abaya Mango Market Membeli-belah Moyna Mulberry Nida Nordic Ware Nuevo Oasis Online Bisnes Oozoo Opening Ceremony Organizational Behaviour Our Clients PEMASARAN PERLAKUAN ORGANISASI PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP Pakaian Solat Ready Pakaian menutup aurat Pengumuman Perkongsian Ilmu Pieces Plain Abaya Prada Prinsip Penting Bila Jual Pakaian Muslimah Proenza Schouler RM500 ke atas Readymade Roberto Del Carlo SPONSOR ABAYA Sedia Untuk Solat Selendang Arab Seminar Senarai 101 Impian Shawl Shopping Soal Jawab Agama Solat Ready Sole Society Speaking Stadium Sultan Muhammad Ke IV Susan Caplan Vintage Syarat Pakaian Wanita Islam TATARIAS ABAYA TIP BISNES TIP MEMBELI ABAYA ORIGINAL DARI NEGARA TELUK Tabaruj Tabung Kemanusiaan Gaza Tabung Palestin Tarha Tazkirah Tempoh Menunggu The Difference Between Abaya And Jelbab Tip Content Marketing Tips Tips Membeli Abaya di Mekah/Madinah Tips Memilih Rekaan Abaya Tips Memilih Saiz Abaya Type of fabric for abaya Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-2 Vans Yves Saint Laurent Zara Zimmermann abaya for work abaya shape abaya untuk badan besar abaya untuk orang kecil bisht daily essentials di mana abaya dijahit eid mubarak import abaya dari mana jilbab saiz-saiz abaya tempat jahit abaya what is abaya working attire

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails