Bismillah.
Kakchik terlalu sibuk dan kepenatan. Alasan....alasan... nak cover line sebab 2 hari tidak menulis apa-apa. Hakikatnya bila bekerjaya dan berbisnes tanpa pembantu, kakchik amat-amat mengejar masa. Untuk duduk dan menulis lebih panjang berbanding status-status di fesbuk adalah sedikit mencabar.
Itu hari ni... berbeza sungguh dengan beberapa tahun lepas. Kalau dulu kakchik mampu update blog-blog kakchik setiap hari terutama Keluargaku Sayang dan KakChik's Wardrobe. Itu belum kira blog Abaya Elegan, blog MariBaca, blog masakan, blog Dar Nur al-Zahra' dan blog Read Aloud yang sentiasa kakchik kemaskini dengan pelbagai catatan. Sebelum ABAYA, kakchik punya masa yang agak banyak untuk menulis blog.
Sebenarnya kakchik ni tak minat bisnes.
![]() |
Gambar sekadar hiasan. |
Masa di universiti, kakchik pernah duduk di desasiswa (asrama pelajar) dan di situ kakchik lihat betapa ramainya anak Kelantan yang berniaga. Setiap kali kami balik kampung untuk raya, bila nak pergi balik ke asrama, ramai sekali rakan-rakan yang membawa barangan niaga. Ada yang bawa untuk dijual sendiri dan ada juga yang dikirim oleh rakan-rakan dari negeri lain. Keropok keping, keropok segera (paling banyak demand), kain batik, toto/comforter dan macam-macam lagi.
Kakchik? Kakchik tak pernah bawa barang niaga. Kalau ada kawan minta tolong belikan pun kakchik agak keberatan. Takut tak reti nak caj berapa harganya. Takut penat saja-saja. Di desasiswa kakchik tu ada rakan yang meniaga keropok segera. Kakchik pun pernah menjadi pelanggannya. RM1.50 sebungkus, keropok segera cap ikan parang, enak dimakan bersama nasi bungkus, haha.
Dalam tak minat bisnes, kakchik pernah juga bertugas untuk Arenar Shoppe iaitu sebuah kedai serbaneka yang diusahakan oleh sebuah persatuan pelajar. Hanya menjadi jurujual saja, takde buat duit pun. Sekali fikir dalam kakchik dok beritahu orang lain, "kakchik tak minat bisnes. kakchik tak suka meniaga." sebenarnya kakchik telah pun mendedahkan diri kepada perniagaan iaitu peruncitan.
Sebenarnya juga keluarga kakchik asalnya sebuah keluarga yang mengusaha kedai runcit di kampung kami. Kakchik terdedah dengan perniagaan sejak kecil hinggalah ke sekolah menengah. Kedai runcit keluarga itu akhirnya ditutup apabila abang-abang kakchik mula bekerja dan mereka mahu ibu dan ayah kakchik berehat dari berniaga dan menumpukan perhatian kepada kesihatan dan kebajikan mereka. Lagipun abang-abang dan kakak-kakak kini mula menyumbang untuk keluarga.
Memang tak minat berniaga tapi betul bak kata Mentor kakchik, Dr Azizan Osman, minat kita boleh menjadi bisnes kita.
Kakchik minat membaca. Kakchik minat dengan buku. Kakchik minat dengan pendidikan kanak-kanak. Akhirnya minat ini mendorong kakchik memulakan bisnes kedai buku khusus untuk kanak-kanak. Kakchik tak ingat bila kakchik mula berminat dengan dunia fesyen muslimah tapi kakchik yakin, apabila dakwah kakchik mengajak muslimah menutup aurat dengan menulis di KakChik's Wardrobe adalah permulaan kepada penemuan cinta kakchik kepada ABAYA.
Kini, takde lagi nak kata "kakchik tak suka berniaga." tapi kini kalau ada saja anak-anak muda tanya pasal nak cari kerja, kakchik akan kata, "Dik, daripada makan gaji... baiklah berniaga. Sumber rezeki 9/10 ialah dari perniagaan. Berniagalah."
Dunia kini sudah berubah. Kakchik kini cukup gembira dan syukur kerana kakchik suka, minat, seronok malah cinta dengan bisnes kakchik. Inilah medan jihad dan dakwah kakchik selain kerjaya dan kerja-kerja kemasyarakatan yang lain. Inilah PASSION kakchik.
KAKCHIK SUKA BISNES !
================================================
Kepakaran kakchik ialah abaya-abaya dari negara-negara teluk dan kakchik membantu wanita bekerjaya untuk memilih abaya yang sesuai dengan personaliti mereka melalui perkongsian idea, tunjuk cara penggayaan, pelmilihan kain dan cutting, khidmat nasihat dan juga coaching agar para wanita muslimah dapat pakai abaya dengan elegan, modes, bergaya dan semestinya patuh syariah.
KakChik Niza
Dar Nur al-Zahra'
7 Oktober 2013
No comments:
Post a Comment