October 4, 2013

Inilah Kisahku: Idea Adalah Rezeki

Bismillah

[Idea Adalah Rezeki]

Betullah apa yang Mentor kakchik kata. Idea adalah rezeki. Ada saja idea, jangan lupa catat. Itulah yang kakchik buat dulu semasa bisnes kedaibuku kanak-kanak mula menurun dan kecintaan kepada abaya mula meningkat. 

Kakchik ditakdirkan Allah bersahabat dengan seorang kakak yang lebih senior daripada kakchik dalam memakai abaya. Kakchik mula berkenalan dengannya melalui program 'read aloud' itulah. Syukur alhamdulillah Allah kurniakan seorang sahabat sepertinya. Seorang kakak yang begitu pemurah dan kami sama-sama punya passion bila bercakap tentang abaya.

Koleksi jubah yang mula diganti dengan abaya hitam.

Dulu-dulu kakchik sangat anti dengan pakaian berwarna hitam ni. Tak tahu apa masalahnya tapi kakchik memang sangat tak suka memakai pakaian berwarna hitam. Kakchik mula berjubah semasa di tingkatan 4 tapi kakchik suka pakai warna-warna pastel. Jubah paling gelap yang kakchik pernah ada ialah jubah pertama yang dijahit oleh ibu kawan baik kakchik. Warna coklat. Itulah jubah pertama dan itulah jubah berwarna paling gelap. Yang lain-lain semuanya jenis warna pastel yang manis-manis di pandangan kakchik. Kakchik padankan pula dengan tudung bulat labuh warna yang sedondon tapi sedikit kontra agar nampak ada tona. 

Jatuh cinta pandang pertama kepada abaya hitam yang kakchik pernah sebut dalam posting sebelum ini, telah membuatkan kakchik menulis perkataan 'abaya' di dalam buku nota kakchik. Lebih kurang begini:

"ABAYA"
1. Mana nak cari?
2. Nak beli dengan siapa kat Malaysia ni?
3. Kena search online ni 
4. Cari dan download gambar-gambar abaya
5. Harga?

Tulisan sebeginilah yang menjadikan kakchik begitu teruja untuk mencari maklumat tentang abaya. Dari sepasang, terasa perlukan lebih banyak pasang. Sebabnya... macamana nak bergilir pakai pergi kerja kalau cuma ada satu kan? Memang lain sungguh perasaannya bila pakai abaya hitam ni. Walaupun abaya dari Indonesia tu agak panas kainnya tapi kakchik lebih suka memakainya berbanding jubah-jubah kakchik yang lawa-lawa tu.

Setiap kali sahabat kakchik tu datang ke perpustakaan, kakchik bercakap dengannya tentang abaya. Dia pula memang setiap hari memakai pakaian berwarna hitam. Dia nampak elegan dan stylo walaupun ringkas pakaiannya. Kakchik nampak satu imej baru untuk muslimah. Dan kakchik fikir, kakchik pun boleh sesuaikan pakaian sebegitu untuk menutup aurat dan membuka lembaran baru kepada wanita bekerjaya untuk berpakaian serba hitam tapi masih lagi ke depan di dalam kerjaya.

Cinta abaya.

Dari tulis-tulis kakchik manfaatkan kemudahan internet untuk mendapatkan lebih banyak info tentang abaya. Dari situ kakchik jumpa beberapa website berkenaan abaya. Ada website pereka abaya, website penjual wholesale abaya, dan banyak sangat gambar-gambar model berabaya yang begitu mengujakan kakchik. MasyaAllah... rupanya wanita yang berpakaian hitam ini begitu ramai yang berada di saf hadapan dalam dunia pekerjaan, perniagaan dan kemasyarakatan tapi mereka kebanyakannya dari negara-negara teluk. Tapi itu tak penting... bagi kakchik, kakchik orang Malaysia pun boleh..

Kakchik bincang dengan sahabat itu dan akhirnya kami membuat pembelian online yang pertama untuk 8 pasang abaya dari Dubai. Kami membelinya selepas kakchik yakin dengan syarikat penjual abaya itu dan pengusahanya yang merupakan orang Malaysia yang tinggal di Dubai, UAE. Kakchik nak cuba pakai abay dari sana kerana dari maklumat-maklumat yang kakchik dapat di internet, abaya Dubai jauh lebih selesa dan berkualiti berbanding abaya dari Indonesia. Apatah lagi kakchik dapat tahu yang ada saiz yang padan dengan badan kakchik yang kecil rendah ini.

Tersangkal satu mitos yang kata abaya arab ni besar-besar.

Bisnes pun bermula... kakchik mula berkongsi cerita dan pengalaman memakai abaya melalui blog utama kakchik iaitu Keluargaku Sayang. Makin hari makin seronok bercerita. Makin ramai pembaca, makin bertambah sokongan kerana para pembaca mula terikut-ikut meminati abaya.

Ops... suami nak gi masjidlah, nak solat Jumaat. Kena sediakan pakaiannya yang wangi-wangi dan siap bergosok dulu. Moga Allah terima solatnya nanti.

InsyaAllah nanti kakchik sambung lagi kisah ini. Nak baca ke? Nak baca ke?

********************************

Kepakaran kakchik ialah abaya-abaya dari negara-negara teluk dan kakchik membantu wanita bekerjaya untuk memilih abaya yang sesuai dengan personaliti mereka melalui perkongsian idea, tunjuk cara penggayaan, pelmilihan kain dan cutting, khidmat nasihat dan juga coaching agar para wanita muslimah dapat pakai abaya dengan elegan, modes, bergaya dan semestinya patuh syariah. 

KakChik Niza
Baiti Jannati, Kg. Pulau Melaka
Jumaat
4 Oktober 2013

No comments:

Post a Comment

ABAYA DUBAI DEEP BLUE & SULTRY MAROON

**READYSTOCK** Harga: RM180.00 Kos Pos: SM Percuma, SS RM15 Saiz yang ada: 52, 54, 56 dan 58 Untuk Order: Copy gambar &am...

Labels

Dubai Pre-Orders Sold Makluman Koleksi DAC Koleksi AS RM200 - RM300 RM150 - RM200 Ready-Stock Arab Saudi Tracking No Saiz S Saiz M TEMPAHAN Saiz XS Koleksi Jeddah PRE ORDER Open Front fashion polyvore style RM80 - RM150 Saiz L RM300 - RM400 Testimonial Sale Abaya Qatar Close Front Saiz XL Style Ideas Koleksi Eksklusif Penghantaran Hari Ini IN STOCK Inilah Kisahku Malaysia Shayla Butterfly Abaya Colored Abaya Koleksi IffahZara Gerai Jualan Promosi Jubah Koleksi NA Eksklusif My Story Pakistan Pashmina Pelanggan Yang Puashati Tudung 60 inci Video jenis material abaya How To IMKK Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan JENIS KAIN ABAYA Koleksi Sahara Niqab atau Purdah Tutorial Shayla Abaya Umbrella Cara Pakai Shayla Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya Guerlain Indonesia Jalabiya Koleksi BAT Koleksi Ibu Menyusu Nota Penghabisan Stok Saiz XXL Umbrella Abaya abaya jenis-jenis kain Coach Fursan INFO Idea Bergaya Jualan Ramadhan Monsoon Pertandingan Mencipta Logo Qatar Seminar Dr Azizan Osman Testimoni Vietnam A-cut Abaya Dubai Abaya Premium Accessorize Beg Tangan Koleksi Farlisey Bisnes Online Cara Pilih Saiz Abaya Custom Made Designer Replicas ELMU BISNES Ilmu Kain Abaya Kain Nida Koleksi Laniz Koleksi NA Koleksi RINAS Koleksi Umbrella Luxury Abaya Motivasi Bisnes Nearly Natural RM10 - RM70 Saudi crepe Seminar Marketing Power Single Layer Niqab Soal Jawab Abaya Stok Semasa TIP PENJAGAAN ABAYA Tip Membeli Abaya Year End Sale jenis-jenis bentuk abaya saiz abaya ALDO ARTIKEL Abaya Bajet Abaya Baru Abaya Berkualiti Abaya Fabric Abaya Fursan Abaya Kuwait Abaya Ladies Abaya Mahal Abaya Material Abaya Murah Abaya Party Abaya Replika Abaya Tanah Arab Abaya untuk semua Alumni Dr Azizan Osman Ann Taylor Apa itu abaya Aqsa Syarif Asal-usul abaya Auteurs Du Monde BANGKIT BANGKIT2014 Banjir di Thailand Bantaun Kemanusiaan Bencana Alam Bentuk Abaya Bersolek Big Buddha Big Shawl Buccellati By Malene Birger CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA Cakna Palestin Cara Ukur Abaya Carlos by Carlos Santana Clearance Sale Coaching DR AZIZAN OSMAN Demonstrasi Pakai Tudung Dunia Bisnes FAUSTO PUGLISI Fabric for abaya Feedback From Zero To Hero GIVEAWAY Hari Raya House of Harlow 1960 Hukum-Hakam IJI 2013 IJI2013 ISTIMEWANYA ABAYA QATAR Idea Adalah Rezeki Ikim.fm Intensif Jutawan Industri Internet crepe fabric Iosselliani Istilah Perniagaan Jane Norman Jualan Murah Jualan Penghabisan Stok Jualan Pra-Ramadhan Kain Fursan Kain Saudi Crepe Kak Tengku Norihan Punya Pasal Karnival Karnival Mahabbah Ikim.fm Kelantan Kelas Bisnes Online Percuma Keputusan Pertandingan Koleksi HnS Koleksi MoonAbaya Kota Bharu Kurt Geiger Lancôme Laura Mercier Lexus fabric Louis Vuitton MICHAEL Michael Kors Maklumbalas Makna abaya Mango Market Membeli-belah Moyna Mulberry Nida Nordic Ware Nuevo Oasis Online Bisnes Oozoo Opening Ceremony Organizational Behaviour Our Clients PEMASARAN PERLAKUAN ORGANISASI PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP Pakaian Solat Ready Pakaian menutup aurat Pengumuman Perkongsian Ilmu Pieces Plain Abaya Prada Prinsip Penting Bila Jual Pakaian Muslimah Proenza Schouler RM500 ke atas Readymade Roberto Del Carlo SPONSOR ABAYA Sedia Untuk Solat Selendang Arab Seminar Senarai 101 Impian Shawl Shopping Soal Jawab Agama Solat Ready Sole Society Speaking Stadium Sultan Muhammad Ke IV Susan Caplan Vintage Syarat Pakaian Wanita Islam TATARIAS ABAYA TIP BISNES TIP MEMBELI ABAYA ORIGINAL DARI NEGARA TELUK Tabaruj Tabung Kemanusiaan Gaza Tabung Palestin Tarha Tazkirah Tempoh Menunggu The Difference Between Abaya And Jelbab Tip Content Marketing Tips Tips Membeli Abaya di Mekah/Madinah Tips Memilih Rekaan Abaya Tips Memilih Saiz Abaya Type of fabric for abaya Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-2 Vans Yves Saint Laurent Zara Zimmermann abaya for work abaya shape abaya untuk badan besar abaya untuk orang kecil bisht daily essentials di mana abaya dijahit eid mubarak import abaya dari mana jilbab saiz-saiz abaya tempat jahit abaya what is abaya working attire

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails