October 2, 2013

Inilah Kisahku: Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya

[MariBaca Bookstore]

Bismillah.

Alhamdulillah dapat juga bermula menulis My Story ataupun Inilah Kisahku untuk bab yang pertama. Sejak dari menghadiri Seminar Intensif Jutawan Industri (IJI2013), pelbagai idea sudah menerawang di dalam minda. Hati mula nak kata susah nak mula menulis tapi bila teringan Dr Azizan Osman kata, "macamana nak buat?" dan "redah saja" maka kakchik pun taip ajelah apa yang terasa di hati saat ini. Redah ajelah juga hehe.

Sebenarnya kakchik masih lagi bekerja di sebuah perpustakaan awam swasta di Kota Bharu ni. Sepanjang sejarah kerjaya kakchik yang nak masuk tahun ke-14 di perpustakaan ni kakchik menemui satu 'passion' iaitu buku kanak-kanak. Asalnya kakchik mencari-cari kaedah untuk mempamerkan buku kanak-kanak menggunakan rak buku yang paling jimat kos melalui internet tapi Allah temukan pencarian kakchik kepada passion kakchik yang pertama iaitu menggalakkan minat suka membaca di kalangan kanak-kanak melalui kaedah 'read aloud'. 

Kakchik membaca mengenainya, membeli buku-buku berkenaan 'read aloud' melalui Amazon.com, mencetak dan mengumpulkan pelbagai bahan mengenai kaedah ini hinggalah kakchik bertemu satu komuniti keibubapaan di online yang berpusat di Malaysia. Komuniti ini menemukan kakchik dengan pengamal-pengamal kaedah 'read aloud' dan di situlah kakchik mula mengumpul buku kanak-kanak yang diimport dari luar negara. Buku Islamik untuk kanak-kanak yang sukar diperolehi dalam negara kita. 

Kerana sangat 'passionate' dengan projek 'read aloud' kakchik betul-betul mempromosikannya di perpustakaan, menulis di blog Read Aloud Kota Bharu dan diberi pengiktirafan oleh ramai guru-guru tadika untuk mengkursuskan mereka cara untuk membuat 'read aloud' di tadika masing-masing hinggalah kakchik mendapat jemputan pula untuk memberi taklimat kepada ibu bapa tentang perkara ini di beberapa buah sekolah rendah. 

Semua ini bermula dalam tahun 2003 dan dari permintaan terhadap buku kanak-kanak yang kakchik selalu gunakan untuk sesi 'read aloud' semakin meningkat. Kakchik pula suka menghadiahkan buku khusus untuk bayi setiap kali kakchik menziarahi kawan dan kenalan yang baru bersalin. Kakchik benar-benar beramal dengan cara 'read aloud' itu hingga hasilkan dapat dilihat melalui anak-anak saudara kakchik yang lebih awal dapat bercakap jelas, lebih cepat pandai membaca dan buku menjadi sebahagian dari hidup mereka. Amalan ini masih kakchik amal hingga ke hari ini.

MariBaca Bookstore di Panji, Kota Bharu

Buku-buku kakchik import terus dari UK, USA dan India iaitu penerbit seperti The Islamic Foundation, American Islamic Association dan juga Goodword. Mula-mula pamerkan buku di ruang tamu rumah dan hujung minggu buat aktiviti 'read aloud' di rumah. Ibu bapa yang datang membawa anak-anak selalunya membeli buku-buku tersebut begitu juga apabila kakchik buat aktiviti yang sama di perpustakaan. Makin ramai yang bertanya, bila nak buka kedai buku. Akhirnya kakchik menyewa sebuah premis berdekatan rumah untuk dijadikan MariBaca Bookstore (berdaftar dengan SSM).

Minat dengan buku kanak-kanak mendorong kakchik terus mengulangkaji dan berusaha untuk memahami konsep 'read aloud' itu. Kakchik membina hubungan secara online dengan pelbagai badan bukan kerajaan di luar negara yang mempromosikan 'read aloud' di dalam sistem pendidikan mereka. Banyak sekali bahan yang kakchik dapat dan kakchik kumpulkan hingga menjadi sebuah manuskrip yang hingga ke hari ini masih belum pun menjadi buku. Sayang sekali. Nampaknya kakchik kena pastikan ianya menjadi e-book atau buku daripada dibiarkan begitu sahaja.

MariBaca Bookstore beroperasi dengan sederhana sekali. Bermula modal RM3500.00 dari simpanan sendiri, kakchik mengimport kemudian menjual buku-buku yang mahal itu secara online melalui blog. Alhamdulillah dapatlah dipusing modal hingga mampu menyewa lot kedai, membeli segala kelengkapan untuk mewujudkan sebuah kedai buku khas untuk kanak-kanak. Namun masa bergerak pantas dan akhirnya MariBaca terpaksa berpindah dan...


... bersambung.

********************************

Kepakaran kakchik ialah abaya-abaya dari negara-negara teluk dan kakchik membantu wanita bekerjaya untuk memilih abaya yang sesuai dengan personaliti mereka melalui perkongsian idea, tunjuk cara penggayaan, pelmilihan kain dan cutting, khidmat nasihat dan juga coaching agar para wanita muslimah dapat pakai abaya dengan elegan, modes, bergaya dan semestinya patuh syariah. 

KakChik Niza
Dar Nur al-Zahra' Islamic Community Library
2 Oktober 2013

No comments:

Post a Comment

ABAYA DUBAI DEEP BLUE & SULTRY MAROON

**READYSTOCK** Harga: RM180.00 Kos Pos: SM Percuma, SS RM15 Saiz yang ada: 52, 54, 56 dan 58 Untuk Order: Copy gambar &am...

Labels

Dubai Pre-Orders Sold Makluman Koleksi DAC Koleksi AS RM200 - RM300 RM150 - RM200 Ready-Stock Arab Saudi Tracking No Saiz S Saiz M TEMPAHAN Saiz XS Koleksi Jeddah PRE ORDER Open Front fashion polyvore style RM80 - RM150 Saiz L RM300 - RM400 Testimonial Sale Abaya Qatar Close Front Saiz XL Style Ideas Koleksi Eksklusif Penghantaran Hari Ini IN STOCK Inilah Kisahku Malaysia Shayla Butterfly Abaya Colored Abaya Koleksi IffahZara Gerai Jualan Promosi Jubah Koleksi NA Eksklusif My Story Pakistan Pashmina Pelanggan Yang Puashati Tudung 60 inci Video jenis material abaya How To IMKK Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan JENIS KAIN ABAYA Koleksi Sahara Niqab atau Purdah Tutorial Shayla Abaya Umbrella Cara Pakai Shayla Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya Guerlain Indonesia Jalabiya Koleksi BAT Koleksi Ibu Menyusu Nota Penghabisan Stok Saiz XXL Umbrella Abaya abaya jenis-jenis kain Coach Fursan INFO Idea Bergaya Jualan Ramadhan Monsoon Pertandingan Mencipta Logo Qatar Seminar Dr Azizan Osman Testimoni Vietnam A-cut Abaya Dubai Abaya Premium Accessorize Beg Tangan Koleksi Farlisey Bisnes Online Cara Pilih Saiz Abaya Custom Made Designer Replicas ELMU BISNES Ilmu Kain Abaya Kain Nida Koleksi Laniz Koleksi NA Koleksi RINAS Koleksi Umbrella Luxury Abaya Motivasi Bisnes Nearly Natural RM10 - RM70 Saudi crepe Seminar Marketing Power Single Layer Niqab Soal Jawab Abaya Stok Semasa TIP PENJAGAAN ABAYA Tip Membeli Abaya Year End Sale jenis-jenis bentuk abaya saiz abaya ALDO ARTIKEL Abaya Bajet Abaya Baru Abaya Berkualiti Abaya Fabric Abaya Fursan Abaya Kuwait Abaya Ladies Abaya Mahal Abaya Material Abaya Murah Abaya Party Abaya Replika Abaya Tanah Arab Abaya untuk semua Alumni Dr Azizan Osman Ann Taylor Apa itu abaya Aqsa Syarif Asal-usul abaya Auteurs Du Monde BANGKIT BANGKIT2014 Banjir di Thailand Bantaun Kemanusiaan Bencana Alam Bentuk Abaya Bersolek Big Buddha Big Shawl Buccellati By Malene Birger CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA Cakna Palestin Cara Ukur Abaya Carlos by Carlos Santana Clearance Sale Coaching DR AZIZAN OSMAN Demonstrasi Pakai Tudung Dunia Bisnes FAUSTO PUGLISI Fabric for abaya Feedback From Zero To Hero GIVEAWAY Hari Raya House of Harlow 1960 Hukum-Hakam IJI 2013 IJI2013 ISTIMEWANYA ABAYA QATAR Idea Adalah Rezeki Ikim.fm Intensif Jutawan Industri Internet crepe fabric Iosselliani Istilah Perniagaan Jane Norman Jualan Murah Jualan Penghabisan Stok Jualan Pra-Ramadhan Kain Fursan Kain Saudi Crepe Kak Tengku Norihan Punya Pasal Karnival Karnival Mahabbah Ikim.fm Kelantan Kelas Bisnes Online Percuma Keputusan Pertandingan Koleksi HnS Koleksi MoonAbaya Kota Bharu Kurt Geiger Lancôme Laura Mercier Lexus fabric Louis Vuitton MICHAEL Michael Kors Maklumbalas Makna abaya Mango Market Membeli-belah Moyna Mulberry Nida Nordic Ware Nuevo Oasis Online Bisnes Oozoo Opening Ceremony Organizational Behaviour Our Clients PEMASARAN PERLAKUAN ORGANISASI PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP Pakaian Solat Ready Pakaian menutup aurat Pengumuman Perkongsian Ilmu Pieces Plain Abaya Prada Prinsip Penting Bila Jual Pakaian Muslimah Proenza Schouler RM500 ke atas Readymade Roberto Del Carlo SPONSOR ABAYA Sedia Untuk Solat Selendang Arab Seminar Senarai 101 Impian Shawl Shopping Soal Jawab Agama Solat Ready Sole Society Speaking Stadium Sultan Muhammad Ke IV Susan Caplan Vintage Syarat Pakaian Wanita Islam TATARIAS ABAYA TIP BISNES TIP MEMBELI ABAYA ORIGINAL DARI NEGARA TELUK Tabaruj Tabung Kemanusiaan Gaza Tabung Palestin Tarha Tazkirah Tempoh Menunggu The Difference Between Abaya And Jelbab Tip Content Marketing Tips Tips Membeli Abaya di Mekah/Madinah Tips Memilih Rekaan Abaya Tips Memilih Saiz Abaya Type of fabric for abaya Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-2 Vans Yves Saint Laurent Zara Zimmermann abaya for work abaya shape abaya untuk badan besar abaya untuk orang kecil bisht daily essentials di mana abaya dijahit eid mubarak import abaya dari mana jilbab saiz-saiz abaya tempat jahit abaya what is abaya working attire

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails