October 9, 2013

Ini Semua Kak Tg Norihan Punya Pasal

Bismillahir Rahmanir Rahim

Ini semua kak Tengku Norihan punya pasal. Hehehe... Kak Hae jangan marah ek. Baca dulu...

Sebenarnya kakchik nak sambung cerita kakchik untuk siri Inilah Kisahku @ My Story tu. Kakchik sedikit kebekuan otak semalam dan sakit-sakit urat peha kerana banyaknya berdiri menguruskan pembungkusan abaya-abaya raya haji para pelanggan. Alhamdulillah rezeki tu...

Begini kisahnya.

Selepas kedaibuku MariBaca berpindah ke dalam Kompleks Kota Sri Mutiara, bisnes kakchik ni semakin menurun prestasinya. Promosi kurang, lokasi juga semakin dirasakan tidak strategik. Staf pula nak sambung belajar ke universiti maka kakchik perlukan pembantu yang baru. Sukar sekali nak dapat yang serasi.

Dalam tenggelam timbul bisnes buku kanak-kanak, bisnes abaya mula pick-up momentumnya. Rezeki kakchik juga kerana menumpangkan satu rak abaya di kedaibuku dan pengurus stokis Avon di sebelah pula pemakai abaya. Beliaulah antara pelanggan tetap yang suka membeli abaya-abaya kakchik.

Masuk tahun 2011 bisnes buku semakin teruk. Semangat kakchik mula menurun. Banyak alasan peribadi yang kakchik boleh senaraikan tapi jelasnya kedaibuku kakchik mesti ditutup demi mengurangkan kerugian. Hutang dengan penerbit pun masih banyak hinggakan hampir nak dikenakan tindakan undang-undang. Alhamdulillah dengan perbincangan melalui pihak guaman, akhrnya segala hutang piutang habis dibayar secara ansuran tetap bulanan.

MariBaca Bookstore akhirnya ditutup pada bulan September 2011. Itupun dengan hati yang berat sangat. Semua stok buku, perabot dan kelengkapan kakchik bawa balik ke rumah dan gunakan bilik kosong di tingkat atas sebagai stor @ perpustakaan sambil bisnes berjalan seperti biasa melalui internet. Kembali ke asallah nampaknya. 

Dalam kesukaran tu, kakchik sedekahkan sebahagian peralatan kedai dan perabot kepada sebuah sekolah rendah Islam. Alhamdulillah mungkin berkat sedekah itu Allah permudahkan urusan kakchik dalam perkara lain khususnya bisnes abaya.

Kak Tengku Norihan Dalam Metro Ahad.

Kakchik terlupa nak beritahu sebelum ni, kakchik sebenarnya mengikuti kelas senamrobik di BodyPower Fitness Center di KB. Jadi kakchik agak kenal dengan pengusahanya iaitu Kak Tengku Norihan yang mesranya kakchik panggil Kak Hae. Pengalaman jatuh bangun Kak Hae dan BodyPower kakchik tahu kerana kakchik sudah mula ke kelas senamrobiknya sejak tahun 2008 lagi selepas diajak beberapa kali oleh seorang lagi kawan baik iaitu Kak Lis (kini Zin Zumba/Bellydance).

Apabila fesbuk meledak dalam tahun 2008 kakchik pun buka akaun personal fesbuk. Pada masa tu kakchik belum tahu pasal fesbuk page dan penggunaannya untuk bisnes. Passion kakchik terhadap abaya semakin meningkat di dalam tahun 2010 tapi kakchik sangat lemah pengurusan kewangan begitu juga tiada guru yang boleh menunjuk-ajar. Segalanya dilakukan sendiri. Research, mencari pembekal, menjual dan promosi semuanya dilakukan sendiri dengan sedikit bantuan dari kawan baik kakchik yang sudi menyumbang modal permulaan.

Dalam kepeningan kepala memikirkan tentang keadaan kewangan dan bisnes yang semakin serasi dengan diri kakchik, kakchik terbaca artikel tentang Kak Hae yang mendapat pendapatan RM18 ribu (kalau tak silap kakchik) dalam masa seminggu selepas beliau menghadiri program Dr Azizan Osman. Itulah kali pertama kakchik membaca dari awal hingga akhir artikel yang di muka sebelahnya iklan Seminar Marketing Power (SMP) dengan muka Dr Azizan Osman tersenyum sambil kedua-dua jari telunjuk beliau ditunjukkan ke kepala.

Kak Hae punya pasal. Kisah Kak Hae betul-betul menyentuh hati kakchik. Bukan kerana bahasa artikel yang menarik tapi kebenaran yang kakchik tahu tentang jatuh bangun Kak Hae dalam menghidupkan BodyPower. Kisah itu menjadi titik tolak kakchik terbuka hati untuk mendaftarkan diri menyertai SMP dalam bulan Oktober 2011. Terima kasih Kak Hae. Hari tu kakchik mengucapkan terima kasih dan mendoakan beliau (rasanya sampai ke hari ni Kak Hae tidak tahu perkara ni hehe) agar mendapat kekayaan dan kejayaan dunia akhirat. Kisah beliau menjadi inspirasi untuk kakchik mengubah hidup dan bisnes. Terima kasih Kak Hae.

SMP ada kisah tersendiri. Betapa mencabarnya mahu menyertai satu seminar semata-mata kerana orang yang mengendalikannya ialah insan bernama Dr Azizan Osman. Nantikan sambungan kisah ini... insyaAllah esok.

--------------------------------
Kepakaran kakchik ialah abaya-abaya dari negara-negara teluk dan kakchik membantu wanita bekerjaya untuk memilih abaya yang sesuai dengan personaliti mereka melalui perkongsian idea, tunjuk cara penggayaan, pelmilihan kain dan cutting, khidmat nasihat dan juga coaching agar para wanita muslimah dapat pakai abaya dengan elegan, modes, bergaya dan semestinya patuh syariah.
KakChik Niza
Dar Nur al-Zahra'
Oktober 2013


No comments:

Post a Comment

READYSTOCK : DUBAI ABAYA SIZE 52 & 58

Stock is in Malaysia. Imported from Dubai, UAE. Price : RM240.00 / USD 58 To Order: Screenshot & Whatsapp to +60169213659 .

Labels

Dubai Pre-Orders Sold Makluman Koleksi DAC Koleksi AS RM200 - RM300 RM150 - RM200 Ready-Stock Arab Saudi Tracking No Saiz S Saiz M TEMPAHAN Saiz XS Koleksi Jeddah PRE ORDER Open Front fashion polyvore style RM80 - RM150 Saiz L RM300 - RM400 Testimonial Sale Abaya Qatar Close Front Saiz XL Style Ideas Koleksi Eksklusif Penghantaran Hari Ini IN STOCK Inilah Kisahku Malaysia Shayla Butterfly Abaya Colored Abaya Koleksi IffahZara Gerai Jualan Promosi Jubah Koleksi NA Eksklusif My Story Pakistan Pashmina Pelanggan Yang Puashati Tudung 60 inci Video jenis material abaya How To IMKK Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan JENIS KAIN ABAYA Koleksi Sahara Niqab atau Purdah Tutorial Shayla Abaya Umbrella Cara Pakai Shayla Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya Guerlain Indonesia Jalabiya Koleksi BAT Koleksi Ibu Menyusu Nota Penghabisan Stok Saiz XXL Umbrella Abaya abaya jenis-jenis kain Coach Fursan INFO Idea Bergaya Jualan Ramadhan Monsoon Pertandingan Mencipta Logo Qatar Seminar Dr Azizan Osman Testimoni Vietnam A-cut Abaya Premium Accessorize Beg Tangan Koleksi Farlisey Bisnes Online Cara Pilih Saiz Abaya Custom Made Designer Replicas ELMU BISNES Ilmu Kain Abaya Kain Nida Koleksi Laniz Koleksi NA Koleksi RINAS Koleksi Umbrella Luxury Abaya Motivasi Bisnes Nearly Natural RM10 - RM70 Saudi crepe Seminar Marketing Power Single Layer Niqab Soal Jawab Abaya Stok Semasa TIP PENJAGAAN ABAYA Tip Membeli Abaya Year End Sale jenis-jenis bentuk abaya saiz abaya ALDO ARTIKEL Abaya Bajet Abaya Baru Abaya Berkualiti Abaya Dubai Abaya Fabric Abaya Fursan Abaya Kuwait Abaya Ladies Abaya Mahal Abaya Material Abaya Murah Abaya Party Abaya Replika Abaya Tanah Arab Abaya untuk semua Alumni Dr Azizan Osman Ann Taylor Apa itu abaya Aqsa Syarif Asal-usul abaya Auteurs Du Monde BANGKIT BANGKIT2014 Banjir di Thailand Bantaun Kemanusiaan Bencana Alam Bentuk Abaya Bersolek Big Buddha Big Shawl Buccellati By Malene Birger CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA Cakna Palestin Cara Ukur Abaya Carlos by Carlos Santana Clearance Sale Coaching DR AZIZAN OSMAN Demonstrasi Pakai Tudung Dunia Bisnes FAUSTO PUGLISI Fabric for abaya Feedback From Zero To Hero GIVEAWAY Hari Raya House of Harlow 1960 Hukum-Hakam IJI 2013 IJI2013 ISTIMEWANYA ABAYA QATAR Idea Adalah Rezeki Ikim.fm Intensif Jutawan Industri Internet crepe fabric Iosselliani Istilah Perniagaan Jane Norman Jualan Murah Jualan Penghabisan Stok Jualan Pra-Ramadhan Kain Fursan Kain Saudi Crepe Kak Tengku Norihan Punya Pasal Karnival Karnival Mahabbah Ikim.fm Kelantan Kelas Bisnes Online Percuma Keputusan Pertandingan Koleksi HnS Koleksi MoonAbaya Kota Bharu Kurt Geiger Lancôme Laura Mercier Lexus fabric Louis Vuitton MICHAEL Michael Kors Maklumbalas Makna abaya Mango Market Membeli-belah Moyna Mulberry Nida Nordic Ware Nuevo Oasis Online Bisnes Oozoo Opening Ceremony Organizational Behaviour Our Clients PEMASARAN PERLAKUAN ORGANISASI PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP Pakaian Solat Ready Pakaian menutup aurat Pengumuman Perkongsian Ilmu Pieces Plain Abaya Prada Prinsip Penting Bila Jual Pakaian Muslimah Proenza Schouler RM500 ke atas Readymade Roberto Del Carlo SPONSOR ABAYA Sedia Untuk Solat Selendang Arab Seminar Senarai 101 Impian Shawl Shopping Soal Jawab Agama Solat Ready Sole Society Speaking Stadium Sultan Muhammad Ke IV Susan Caplan Vintage Syarat Pakaian Wanita Islam TATARIAS ABAYA TIP BISNES TIP MEMBELI ABAYA ORIGINAL DARI NEGARA TELUK Tabaruj Tabung Kemanusiaan Gaza Tabung Palestin Tarha Tazkirah Tempoh Menunggu The Difference Between Abaya And Jelbab Tip Content Marketing Tips Tips Membeli Abaya di Mekah/Madinah Tips Memilih Rekaan Abaya Tips Memilih Saiz Abaya Type of fabric for abaya Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-2 Vans Yves Saint Laurent Zara Zimmermann abaya for work abaya shape abaya untuk badan besar abaya untuk orang kecil bisht daily essentials di mana abaya dijahit eid mubarak import abaya dari mana jilbab saiz-saiz abaya tempat jahit abaya what is abaya working attire

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails