October 18, 2013

[Bisnes Online : Disiplin Perlu Ada]

[Bisnes Online : Disiplin Perlu Ada]

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Berniaga secara online ini memerlukan disiplin yang tinggi. Tidak kira sama ada kita melakukannya separuh masa atau sepenuh masa. Tanpa disiplin kita mungkin akan terleka dengan pelbagai godaan yang ada di alam media sosial ini. Antara cara kakchik mendisiplinkan diri untuk melakukan bisnes di fesbuk ini di samping menguruskan 6 pages lain termasuk 2 page personal ialah:

1. Greetings/Ucapan Salam.
Mulakan dengan BASMALLAH. Menceriakan hidup sendiri dan mengajak pembaca menjadi ceria. Mendoakan kawan-kawan dan sesiapa saja yang membaca status kita. Kongsikan doa-doa indah terutama doa murah rezeki.

2. Sharing/Perkongsian.
Kongsikan kata-kata semangat, artikel menarik, cerita-cerita yang ada pengajaran baik, tip-tip bisnes, motivasi keluarga/rumahtangga, pengalaman bisnes, cerita keluarga, cerita pasal kerjaya, gambar-gambar yang menceriakan, dan sebagainya namun berhati-hati apabila bercerita tentang hal peribadi. Boleh juga SHARE status public kawan-kawan lain terutama yang boleh membantu diri-sendiri dan juga kawan/follower yang mungkin sedang membaca status-status di mukabuku kita.

3. Promosi
Seboleh mungkin kakchik hanya akan fokus promosi di page bisnes yakni page Abaya Elegan Lovers. Di page personal, kakchik promosi sekali-sekali kerana kakchik faham pembaca di page personal lebih suka kepada diri kita yang sebenar yang mereka kenali secara lebih dekat. Di page bisnes, kita boleh membuat promosi SEKALI selepas 4 - 6 kali SHARING. Yang ini kakchik pun masih belajar lagi. Sifat manusia ni sangat sukakan cerita dan tidak suka orang menjual kepadanya terutama bila dia tidak plan untuk membeli. Banyakkan sharing kerana sharing tentang kelebihan, testimoni, pengalaman, keseronokan dan keyakinan akan menarik minat orang sama ada untuk LIKE page kita dan ada yang terus berurusan dengan kita. Di page personal, banyakkan perkongsian ilmu.

4. Interaksi Positif dan Mesra
Orang yang berinteraksi dengan kita walaupun dia tidak berdepan dengan kita, dia tetap boleh merasai emosi di sebalik perbualan dan layanan kita terhadap komen, persoalan dan mesej yang mereka tujukan kepada kita, tuan punya page. Bagi kakchik, melayan perkara-perkara ini adalah sangat penting. Sekiranya kakchik sedang online dan ada notis muncul memberitahu ada orang meninggalkan komen di mana-mana status dalam page atau mungkin ada mesej baru masuk ke dalam inbox page, kakchik akan cuba sepantas mungkin membaca dan memberikan respon. Namun, adakalanya komen dan mesej masuk ketika kakchik tidak online, ada yang masih dapat dilihat apabila kakchik online semula tapi ada juga yang terlepas pandang TERUTAMANYA komen/mesej yang ditinggalkan di ruangan COMMENT di bawah gambar. Jika ada komen yang berupa provokasi, seseorang melepaskan geram atau sindiran, kakchik akan istighfar berkali-kali, mohon doa agar Allah tenangkan hati dan bantu kakchik membalas sebaik mungkin. Itupun bergantung kepada jenis komen/mesej yang diberikan. Kalau dirasakan lebih negatif dari positif, kakchik akan tinggalkan perbahasan itu.

5. Scheduled Post/Pos Berjadual
Terima kasih facebook kerana mengadakan kemudahan ini di fb page. Oleh kerana kakchik ada kerjaya sepenuh masa dan bisnes abaya juga seperti sepenuh masa walhal kakchik cuma buat separuh masa, jadi kemudahan Scheduled Post ini amatlah berguna buat kakchik. Kakchik menggunakannya untuk menjadualkan penerbitan/publishing status-status sepanjang hari. Biasanya di waktu awal pagi sebelum kakchik ke pejabat, kakchik akan sediakan pos-pos tertentu misalnya nak promo gambar abaya baru, nak pos kata-kata mutiara, nak pos ucapan selamat mendirikan solat, nak kongsikan artikel, nak pos tip-tip bisnes dan lain-lain. Mudah sangat sebenarnya. Segalanya ada tersedia di ruangan tempat kita meng'update' status kita setiap hari di page bisnes. Bagi yang tak tahu, cara ini akan kakchik kongsikan dalam Kelas Bisnes Online Percuma pada 25/10/13 nanti.

Itulah antara disiplin kakchik dalam menjalankan bisnes secara online di samping menjalankan amanah kerjaya di sebuah perpustakaan swasta. Jangan dilupa, kakchik juga ada keluarga yang perlu diberi keutamaan. Disiplin diri membawa banyak kebaikan kepada bisnes abaya elegan. Alhamdulillah.


#kakchikniza
#abayaeleganlovers
#eleganbersyariat

No comments:

Post a Comment

ELENA KIMONO ABAYA UNTUK PRE ORDER

TARIKH TUTUP: 9 September 2017 TARIKH SAMPAI: 10 September 2017 PENGEPOSAN KEPADA PELANGGAN: 11 September 2017 CODE: ELENA KIMO...

Labels

Dubai Pre-Orders Sold Makluman Koleksi DAC Koleksi AS RM200 - RM300 RM150 - RM200 Ready-Stock Arab Saudi Tracking No Saiz S Saiz M TEMPAHAN Saiz XS Koleksi Jeddah PRE ORDER Open Front fashion polyvore style RM80 - RM150 Saiz L RM300 - RM400 Testimonial Sale Abaya Qatar Close Front Saiz XL Style Ideas Koleksi Eksklusif Penghantaran Hari Ini IN STOCK Inilah Kisahku Malaysia Shayla Butterfly Abaya Colored Abaya Koleksi IffahZara Gerai Jualan Promosi Jubah Koleksi NA Eksklusif My Story Pakistan Pashmina Pelanggan Yang Puashati Tudung 60 inci Video jenis material abaya How To IMKK Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan JENIS KAIN ABAYA Koleksi Sahara Niqab atau Purdah Tutorial Shayla Abaya Umbrella Cara Pakai Shayla Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya Guerlain Indonesia Jalabiya Koleksi BAT Koleksi Ibu Menyusu Nota Penghabisan Stok Saiz XXL Umbrella Abaya abaya jenis-jenis kain Coach Fursan INFO Idea Bergaya Jualan Ramadhan Monsoon Pertandingan Mencipta Logo Qatar Seminar Dr Azizan Osman Testimoni Vietnam A-cut Abaya Dubai Abaya Premium Accessorize Beg Tangan Koleksi Farlisey Bisnes Online Cara Pilih Saiz Abaya Custom Made Designer Replicas ELMU BISNES Ilmu Kain Abaya Kain Nida Koleksi Laniz Koleksi NA Koleksi RINAS Koleksi Umbrella Luxury Abaya Motivasi Bisnes Nearly Natural RM10 - RM70 Saudi crepe Seminar Marketing Power Single Layer Niqab Soal Jawab Abaya Stok Semasa TIP PENJAGAAN ABAYA Tip Membeli Abaya Year End Sale jenis-jenis bentuk abaya saiz abaya ALDO ARTIKEL Abaya Bajet Abaya Baru Abaya Berkualiti Abaya Fabric Abaya Fursan Abaya Kuwait Abaya Ladies Abaya Mahal Abaya Material Abaya Murah Abaya Party Abaya Replika Abaya Tanah Arab Abaya untuk semua Alumni Dr Azizan Osman Ann Taylor Apa itu abaya Aqsa Syarif Asal-usul abaya Auteurs Du Monde BANGKIT BANGKIT2014 Banjir di Thailand Bantaun Kemanusiaan Bencana Alam Bentuk Abaya Bersolek Big Buddha Big Shawl Buccellati By Malene Birger CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA Cakna Palestin Cara Ukur Abaya Carlos by Carlos Santana Clearance Sale Coaching DR AZIZAN OSMAN Demonstrasi Pakai Tudung Dunia Bisnes FAUSTO PUGLISI Fabric for abaya Feedback From Zero To Hero GIVEAWAY Hari Raya House of Harlow 1960 Hukum-Hakam IJI 2013 IJI2013 ISTIMEWANYA ABAYA QATAR Idea Adalah Rezeki Ikim.fm Intensif Jutawan Industri Internet crepe fabric Iosselliani Istilah Perniagaan Jane Norman Jualan Murah Jualan Penghabisan Stok Jualan Pra-Ramadhan Kain Fursan Kain Saudi Crepe Kak Tengku Norihan Punya Pasal Karnival Karnival Mahabbah Ikim.fm Kelantan Kelas Bisnes Online Percuma Keputusan Pertandingan Koleksi HnS Koleksi MoonAbaya Kota Bharu Kurt Geiger Lancôme Laura Mercier Lexus fabric Louis Vuitton MICHAEL Michael Kors Maklumbalas Makna abaya Mango Market Membeli-belah Moyna Mulberry Nida Nordic Ware Nuevo Oasis Online Bisnes Oozoo Opening Ceremony Organizational Behaviour Our Clients PEMASARAN PERLAKUAN ORGANISASI PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP Pakaian Solat Ready Pakaian menutup aurat Pengumuman Perkongsian Ilmu Pieces Plain Abaya Prada Prinsip Penting Bila Jual Pakaian Muslimah Proenza Schouler RM500 ke atas Readymade Roberto Del Carlo SPONSOR ABAYA Sedia Untuk Solat Selendang Arab Seminar Senarai 101 Impian Shawl Shopping Soal Jawab Agama Solat Ready Sole Society Speaking Stadium Sultan Muhammad Ke IV Susan Caplan Vintage Syarat Pakaian Wanita Islam TATARIAS ABAYA TIP BISNES TIP MEMBELI ABAYA ORIGINAL DARI NEGARA TELUK Tabaruj Tabung Kemanusiaan Gaza Tabung Palestin Tarha Tazkirah Tempoh Menunggu The Difference Between Abaya And Jelbab Tip Content Marketing Tips Tips Membeli Abaya di Mekah/Madinah Tips Memilih Rekaan Abaya Tips Memilih Saiz Abaya Type of fabric for abaya Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-2 Vans Yves Saint Laurent Zara Zimmermann abaya for work abaya shape abaya untuk badan besar abaya untuk orang kecil bisht daily essentials di mana abaya dijahit eid mubarak import abaya dari mana jilbab saiz-saiz abaya tempat jahit abaya what is abaya working attire

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails