March 18, 2013

Bolehkah bersolek nipis ke tempat kerja? Sekadar bedak dan sedikit gincu?

Jawapan dari Ustaz Zainudin Hashim.


Soalan:

Saya seorang wanita yang bekerja, saya ingin bertanya mengenai hukum wanita bersolek yang agak tidak tebal, iaitu dengan mengenakan sedikit bedak dan gincu.

Ada teman yang menegaskan bahawa haram hukumnya bagi saya berbuat demikian sedangkan niat saya saya sekadar tidak mahu wajah kelihatan pucat, boleh pihak ustaz huraikan perkara itu?


Jawapan: 

Islam yang dibawa oleh junjungan agung Nabi Muhammad SAW merupakan satu-satunya agama yang menitik beratkan persoalan hubungan manusia dengan Penciptanya, malah ia diperakui sebagai agama yang menaikkan kedudukan wanita dibandingkan dengan fahaman aliran Jahiliyyah di zaman baginda. Tiap-tiap perintah atau larangan terdapat hikmah sama ada dapat dicapai atau sebaliknya.

Tentang persoalan yang saudari ajukan, pertama sekali kita perlu kembali kepada konsep bekerja buat wanita menurut pandangan Islam, apakah kaum Hawa ini diberi kelonggaran untuk keluar rumah bekerja atau sebaliknya?

Kalau dilihat kepada ayat 33 surah al-Ahzab, dengan jelas Allah SWT menegaskan bahawa kaum wanita diarahkan menetap di rumah dan dilarang berhias diri atau bersolek yang akan mengundang pelbagai fitnah. Namun para Ulamak fiqh telah membahaskan ayat di atas dan membuat beberapa pendekatan, para wanita Islam (muslimah) dibenarkan keluar rumah untuk bekerja atau kerana beberapa keperluan harian dengan beberapa syarat yang mesti dijaga dengan baik. Jika salah satu syarat daripada al-Quran dan Sunnah baginda itu tidak dapat dipenuhi, maka  seseorang muslimah itu perlu mengekalkan hukum untuk menetap di rumah.

Pertama: Dalam ayat 33 surah al-Ahzab di atas dengan jelas dan terang Allah SWT memerintahkan muslimah tidak bersolek ketika keluar rumah dengan apa pun alasan sama ada untuk bekerja atau yang lain. Perlu diingat bahawa seorang isteri hanya dibenarkan bersolek untuk suaminya hanya di rumah, bukannya di luar rumah apatah lagi berlainan pejabat, kerana dia (muslimah) terdedah kepada pandangan umum yang boleh jatuh kepada fitnah yang tidak terduga.

Bersolek adalah amalan wanita zaman Jahiliah seperti diberitahu oleh Allah dalam ayat tersebut, ukuran bersolek tidak kira tebal atau nipis, kalau sekadar memakai bedak masih boleh diterima bagi mengelak kulit muka dari berminyak.

Kedua: Seorang muslimah diwajibkan menutup kepalanya dengan hijab (tudung kepala), kerana pemakaian hijab adalah perintah secara langsung daripada Allah dan bukannya cadangan Nabi Muhammad SAW atau pandangan serta ijtihad para Fuqaha' (ahli-ahli fiqh seperti Imam-Imam Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali dan lain-lain).

Hal ini telah disebut dalam ayat 31 surah an-Nur dan ayat 59 surah al-Ahzab, di mana Allah SWT memerintahkan kaum muslimat memakai hijab (tudung kepala) hingga di bawah perhiasan mereka. Menafikan kewajiban memakai hijab adalah satu perbuatan mungkar di sisi Allah yang boleh menjejas aqidah.

Ketiga: Rasulullah SAW  melarang muslimah keluar dengan mengenakan wangi-wangian seperti mana yang pernah berlaku di zaman Baginda, ada seorang wanita keluar rumah untuk memunaikan solat jemaah, tiba-tiba baginda terhidu bau wangi, maka salah seorang sahabat mengkhabarkan kepada baginda bahawa yang mengenakan wangian itu adalah seorang muslimah, dan wanita itu diperintahkan agar pulang ke rumah walau pun alasannya untuk menunaikan solat.

Keempat: Larangan Rasulullah SAW kepada kaum muslimah agar memakai pakaian yang sempurna dengan tidak memakai pakaian yang terlalu ketat hingga kelihatan bentuk tubuh badan, nipis, singkat dan jarang, kerana dalam hal ini Rasulullah ada menegaskan bahawa mereka yang memakai pakaian seperti itu bagaikan bertelanjang walaupun memakai pakaian.
Maka, untuk muslimah yang keluar bekerja, jagalah batas-batas ini. Jangan bersolek, memakai hijab (tudung kepala), tidak mengenakan pakaian singkat, nipis, ketat dan jarang.

Dipetik dari; http://emjayjb.multiply.com/journal/item/14

Mohammad Zaidi Razali (MOZA)
Sumber: Yahoogroup zaharuddin

No comments:

Post a Comment

ELENA KIMONO ABAYA UNTUK PRE ORDER

TARIKH TUTUP: 9 September 2017 TARIKH SAMPAI: 10 September 2017 PENGEPOSAN KEPADA PELANGGAN: 11 September 2017 CODE: ELENA KIMO...

Labels

Dubai Pre-Orders Sold Makluman Koleksi DAC Koleksi AS RM200 - RM300 RM150 - RM200 Ready-Stock Arab Saudi Tracking No Saiz S Saiz M TEMPAHAN Saiz XS Koleksi Jeddah PRE ORDER Open Front fashion polyvore style RM80 - RM150 Saiz L RM300 - RM400 Testimonial Sale Abaya Qatar Close Front Saiz XL Style Ideas Koleksi Eksklusif Penghantaran Hari Ini IN STOCK Inilah Kisahku Malaysia Shayla Butterfly Abaya Colored Abaya Koleksi IffahZara Gerai Jualan Promosi Jubah Koleksi NA Eksklusif My Story Pakistan Pashmina Pelanggan Yang Puashati Tudung 60 inci Video jenis material abaya How To IMKK Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan JENIS KAIN ABAYA Koleksi Sahara Niqab atau Purdah Tutorial Shayla Abaya Umbrella Cara Pakai Shayla Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya Guerlain Indonesia Jalabiya Koleksi BAT Koleksi Ibu Menyusu Nota Penghabisan Stok Saiz XXL Umbrella Abaya abaya jenis-jenis kain Coach Fursan INFO Idea Bergaya Jualan Ramadhan Monsoon Pertandingan Mencipta Logo Qatar Seminar Dr Azizan Osman Testimoni Vietnam A-cut Abaya Dubai Abaya Premium Accessorize Beg Tangan Koleksi Farlisey Bisnes Online Cara Pilih Saiz Abaya Custom Made Designer Replicas ELMU BISNES Ilmu Kain Abaya Kain Nida Koleksi Laniz Koleksi NA Koleksi RINAS Koleksi Umbrella Luxury Abaya Motivasi Bisnes Nearly Natural RM10 - RM70 Saudi crepe Seminar Marketing Power Single Layer Niqab Soal Jawab Abaya Stok Semasa TIP PENJAGAAN ABAYA Tip Membeli Abaya Year End Sale jenis-jenis bentuk abaya saiz abaya ALDO ARTIKEL Abaya Bajet Abaya Baru Abaya Berkualiti Abaya Fabric Abaya Fursan Abaya Kuwait Abaya Ladies Abaya Mahal Abaya Material Abaya Murah Abaya Party Abaya Replika Abaya Tanah Arab Abaya untuk semua Alumni Dr Azizan Osman Ann Taylor Apa itu abaya Aqsa Syarif Asal-usul abaya Auteurs Du Monde BANGKIT BANGKIT2014 Banjir di Thailand Bantaun Kemanusiaan Bencana Alam Bentuk Abaya Bersolek Big Buddha Big Shawl Buccellati By Malene Birger CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA Cakna Palestin Cara Ukur Abaya Carlos by Carlos Santana Clearance Sale Coaching DR AZIZAN OSMAN Demonstrasi Pakai Tudung Dunia Bisnes FAUSTO PUGLISI Fabric for abaya Feedback From Zero To Hero GIVEAWAY Hari Raya House of Harlow 1960 Hukum-Hakam IJI 2013 IJI2013 ISTIMEWANYA ABAYA QATAR Idea Adalah Rezeki Ikim.fm Intensif Jutawan Industri Internet crepe fabric Iosselliani Istilah Perniagaan Jane Norman Jualan Murah Jualan Penghabisan Stok Jualan Pra-Ramadhan Kain Fursan Kain Saudi Crepe Kak Tengku Norihan Punya Pasal Karnival Karnival Mahabbah Ikim.fm Kelantan Kelas Bisnes Online Percuma Keputusan Pertandingan Koleksi HnS Koleksi MoonAbaya Kota Bharu Kurt Geiger Lancôme Laura Mercier Lexus fabric Louis Vuitton MICHAEL Michael Kors Maklumbalas Makna abaya Mango Market Membeli-belah Moyna Mulberry Nida Nordic Ware Nuevo Oasis Online Bisnes Oozoo Opening Ceremony Organizational Behaviour Our Clients PEMASARAN PERLAKUAN ORGANISASI PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP Pakaian Solat Ready Pakaian menutup aurat Pengumuman Perkongsian Ilmu Pieces Plain Abaya Prada Prinsip Penting Bila Jual Pakaian Muslimah Proenza Schouler RM500 ke atas Readymade Roberto Del Carlo SPONSOR ABAYA Sedia Untuk Solat Selendang Arab Seminar Senarai 101 Impian Shawl Shopping Soal Jawab Agama Solat Ready Sole Society Speaking Stadium Sultan Muhammad Ke IV Susan Caplan Vintage Syarat Pakaian Wanita Islam TATARIAS ABAYA TIP BISNES TIP MEMBELI ABAYA ORIGINAL DARI NEGARA TELUK Tabaruj Tabung Kemanusiaan Gaza Tabung Palestin Tarha Tazkirah Tempoh Menunggu The Difference Between Abaya And Jelbab Tip Content Marketing Tips Tips Membeli Abaya di Mekah/Madinah Tips Memilih Rekaan Abaya Tips Memilih Saiz Abaya Type of fabric for abaya Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-2 Vans Yves Saint Laurent Zara Zimmermann abaya for work abaya shape abaya untuk badan besar abaya untuk orang kecil bisht daily essentials di mana abaya dijahit eid mubarak import abaya dari mana jilbab saiz-saiz abaya tempat jahit abaya what is abaya working attire

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails