![]() |
Abaya ini dijahit dari kain Internet Crepe. |
Kain ini amat biasa digunakan oleh pembuat-pembuat abaya dari Dubai dan Qatar. Untuk mengenalinya ialah dengan menyentuh dan merasakan tekstur kainnya yang sedikit berpasir. Ia juga sedikit berat yang mana apabila dipakai, abaya akan jatuh terletak dengan elok. Ianya juga tidak melekat di badan sebab itu wanita yang berbadan besar lagi sesuai pakai abaya dari kain ini. Oleh kerana ia agak berat, kain ini lebih sesuai digunakan untuk menjahit abaya berbentuk A. Ada beberapa jenis kain Internet Crepe. Biasanya yang murah ianya lebih nipis dan tekstur kainnya lebih kasar manakala yang lebih berkualiti, harga abayanya lebih dari RM200.00. [Tambahan dari Idah Arba'i] Antara kelebihan abaya dari kain ini ialah apabila dibasuh, ia cepat kering berbanding abaya dari kain Lexus.
Sekadar Pengalaman.
Assalaamu'alaykum ukhty!
ReplyDeleteI nak sangat bli abaya ni fo ma bloved wife....please tell me how much the total cost for diz beautiful abaya size M!
Wassalaam....