Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ap khabar? Semoga semuanya sihat dan ceria sokmo.
Kali ni kakchik nak cerita sikit pasal SPONSOR ABAYA.
Sejak bulan Julai, Abaya Elegan telah melangkah setapak ke depan dalam meluaskan pengaruhnya iaitu dengan menaja pakaian.
Permulaannya, kami menaja jubah lelaki untuk pelakon drama WARKAH CINTA. Sebenarnya produksi Alkahfi Pictures yang memohon kami menaja dan hasil perbincangan, kami setuju untuk berbuat demikian. Alhamdulillah jubah-jubah sebanyak 6 helai itu dapat dimanfaatkan untuk drama tersebut yang akan ditayangkan bermula 27 Nov nanti.
Kemudian, kami menaja abaya untuk dipakai oleh artis Wan Aishah Wan Ariffin untuk satu program bual bicara di Kota Bharu dalam bulan Okt lepas. Alhamdulillah abaya yang ditaja tersebut kini telah menjadi hakmilik mutlak Kak Wan Aishah.
Terkini kami menaja lagi abaya untuk dipakai oleh taukeh coklat yang sedang meningkat naik iaitu Siti Khatijah dari fesbuk Ct Chocolate. Beliau memakai abaya kami sempena program antarabudaya di UiTM Shah Alam malam tadi, 2 Nov 2012.
Untuk sponsor ni ada beberapa syarat dan pertimbangan yang perlu diambil-perhatian iaitu:
1. Siapa yang memohon sponsor. Oleh kerana sponsor bertujuan untuk promosi maka kami lebih cenderung untuk menaja personaliti yang punya ramai pengaruh dan publisitinya meluas.
2. Abaya dan jubah yang disponsor perlu dibuat cucian kering sebelum dipulangkan dan mestilah dipastikan tidak rosak.
3. Jika pelanggan yang disponsor mahu membelinya maka kami akan menjualnya dengan diskaun tertentu.
4. Permohonan sponsor mestilah untuk program atau majlis-majlis besar dan penting sahaja.
Begitulah lebih kurang apa yang lakukan buat masa ini dalam urusan sponsor abaya atau jubah.
Allahu'alam.
![]() |
Kak Wan Aishah |
![]() |
Taukeh Coklat, Siti Khatijah |
No comments:
Post a Comment