February 26, 2012

Jenis-Jenis Bentuk Potongan Abaya

BISMILLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini mari kita sama-sama mengenali bentuk-bentuk potongan abaya. Anda tentu pernah terbaca orang menulis tentang gaya abaya sama ada tentang potongannya (cutting) atau bentuknya (shape). Baiklah kali ini kita akan sama-sama mengenali beberapa jenis potongan abaya yang biasa dipasarkan oleh Abaya Elegan. Semoga, perkongsian ilmu ini akan dapat membantu anda mengenali bentuk abaya yang lebih sesuai dengan potongan badan anda.

1. Potongan A (A-Cut atau Flair)


Kebanyakan abaya yang biasa dilihat di pasaran tempatan ialah abaya dalam bentuk potongan A. Ianya sekali pandang kelihatan sama saja bentuknya dengan jubah-jubah Malaysia yang dipakai oleh sebahagian muslimah. Bentuk potongan A boleh dikatakan sangat popular kerana ianya amat sesuai dengan bentuk badan wanita Malaysia yang kebanyakannya berbentuk 'pear'. Jadi, apabila memakai abaya berpotongan A, ia akan membantu melindungi aurat dan bentuk badan si pemakainya. Selain itu bukaan bawah yang luas juga memudahkan kaki melangkah berbanding sesetengah abaya asia yang berpotongan lurus (straight cut).

2. Potongan Kembang Payung (Umbrella-Cut)


Bentuk kembang payung ini mula popular pada musim haji tahun 1432 Hijrah dan masih lagi menjadi kegemaran ramai sama ada di Arab Saudi atau di Malaysia hingga ke hari ini. Daripada pengamatan kakchik, pilihan abaya kembang payung lebih banyak di Arab Saudi berbanding di negara-negara Timur Tengah yang lain. Ini berdasarkan penawaran stok yang dihantar oleh para pembekal dari sana kepada Abaya Elegan. Secara peribadi potongan kembang payung ini kelihatan lebih sesuai digayakan oleh muslimah yang berbadan tinggi dan sederhana. Ini kerana kebiasaan potongan di bahagian dada yang mempunyai iras cara potongan cheongsam membuatkan pemakai yang berbadan gebu atau gempal kelihatan agak seksi tapi bila ditutupi dengan tudung yang labuh dan lebar, insyaAllah sesiapa pun boleh menggayakannya. Permintaan untuk abaya potongan ini pada hari ini amatlah tinggi.

3. Potongan Rama-Rama (Butterfly-Cut atau Farasha)


Pada pengamatan kakchik, para penggemar abaya di negara kita masih belum begitu berminat dengan abaya potongan rama-rama ini. Namun, di negara-negara teluk terutamanya di Ameriah Arab Bersatu (UAE), abaya potongan ini amatlah diminati ramai. Secara peribadi, kakchik juga amat menggemari bentuk abaya ini. Pada satu masa dulu ramai yang mengatakan orang yang rendah dan kecil molek tidak sesuai memakai abaya bentuk ini tapi kakchik telah mengubah persepsi itu dengan mencuba sendiri memakainya. MashaAllah... ianya selesa dan sangat sopan menjaga aurat kita. Bentuk abaya rama-rama ini kelihatan agak besar berbanding abaya potongan lain dan penggunaan material juga lebih banyak namun cara menjahitnya adalah agak mudah seperti menjahit sehelai kaftan.

4. Potongan 'Overhead'


Dulu-dulu jika disebut abaya, kakchik akan sering terfikirkan bentuk abaya ini. Ini mungkin kesan seringkali terlihat gambar-gambar wanita Iran yang dipaparkan oleh media massa. Abaya bentuk ini sangat 'evergreen' kerana ianya boleh bertahan dari berpuluh tahun dulu hinggalah ke hari ini. Kakchik jarang melihat wanita Malaysia memakai abaya sebegini tapi ada yang memakainya terutama di kalangan wanita pondok pengajian tradisional. Namun hari ini, permintaan abaya sebegini semakin meningkat selari dengan kesedaran menutup dan menjaga aurat yang semakin hebat sekarang ni. (Sama hebat dengan godaan membuka aurat...hmmm.)

5. Potongan Dinamik


Zaman semakin moden dan bentuk abaya juga semakin dinamik yakni potongannya kini boleh menjadi tidak sekata. Ramai pereka fesyen abaya moden mula meneroka kreativiti mereka dalam menghasilkan pelbagai bentuk abaya moden yang cuba lari dari bentuk-bentuk skima seperti di atas. Kebiasaannya rekaan abaya dinamik ini lebih fokus kepada abaya-abaya yang sesuai untuk majlis tertentu dan kurang praktikal untuk dipakai sehari-hari. Ini kerana abaya sebegini kelihatan agak glamor dan bagi sesetengah pendapat, ianya tidak begitu sesuai atau menepati syarat dalam penutupan aurat. Abaya sebegini lebih kepada berfesyen tapi jika kena caranya, insyaAllah ia masih boleh dimanfaatkan dalam menutup aurat dan menjaga imej si pemakainya.

Kesimpulannya, terdapat banyak jenis dan bentuk abaya yang dijual di pasaran. Untuk setiap bentuk potongan di atas, Abaya Elegan ada memasarkan semuanya kecuali abaya berpotongan 'overhead' yang masih belum kami temui tukang jahit atau pembekal yang sesuai dan berpatutan. Selain dari bentuk-bentuk abaya yang kakchik sebutkan di atas, anda pastinya akan terjumpa beberapa bentuk lain mengikut demografi. Ada sejenis potongan yang menjadi kebiasaan di Afrika terutama di Somalia dan ada juga sejenis potongan yang digemari rakan muslimah di Mediteranean. Apa yang pasti, bentuk abaya tidaklah lagi lurus seperti satu masa dahulu dan kepelbagaian bentuk potongan ini nampaknya makin menarik minat kaum wanita tempatan untuk sama-sama memakainya lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang mahu menjaga aurat mereka.

ps: kesemua gambar yang digunakan di atas hanyalah sebagai contoh sahaja.

Kakchik Niza
26 Februari 2012

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Label

Dubai (159) Sold (123) RM200 - RM300 (115) Ready-Stock (111) RM150 - RM200 (75) Pre-Orders (70) Koleksi DAC (61) Saiz S (56) Arab Saudi (55) Saiz M (54) Saiz L (53) Koleksi AS (46) Makluman (42) Saiz XS (41) IN STOCK (37) Saiz XL (37) RM300 - RM400 (32) Open Front (26) RM80 - RM150 (26) Tracking No (26) Koleksi Jeddah (23) Penghabisan Stok (23) Koleksi IffahZara (22) Jalabiya (20) PRE ORDER (20) Jualan Pra-Ramadhan (18) TEMPAHAN (18) Sale (16) fashion (16) polyvore (16) style (16) Close Front (15) Dropshipper (15) Jualan Ramadhan (13) Testimonial (13) Koleksi BAT (11) Koleksi Ibu Menyusu (11) Pakistan (11) Qatar (11) Syria (11) Abaya Umbrella (10) Colored Abaya (10) Koleksi NA Eksklusif (10) Saiz XXL (10) Style Ideas (10) Umbrella Abaya (10) Butterfly Abaya (9) Koleksi Eksklusif (9) Koleksi MoonAbaya (9) Koleksi Umbrella (9) Niqab atau Purdah (9) Penghantaran Hari Ini (9) A-cut (8) Abaya Qatar (8) Inilah Kisahku (8) KOLEKSI ALIAA (8) Malaysia (8) Nida (8) Shayla (8) Fursan (7) Pashmina (7) Tudung 60 inci (7) Abaya Bajet (6) Designer Replicas (6) Gerai Jualan Promosi (6) Jubah (6) My Story (6) Video (6) Abaya Fursan (5) How To (5) IMKK (5) Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (5) Koleksi Sahara (5) Pelanggan Yang Puashati (5) RM10 - RM70 (5) Tutorial Shayla (5) jenis material abaya (5) Cara Pakai Shayla (4) Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya (4) Guerlain (4) Indonesia (4) JENIS KAIN ABAYA (4) Koleksi RINAS (4) Nota (4) Vietnam (4) Abaya Kuwait (3) Abaya Replika (3) Coach (3) Idea Bergaya (3) Koleksi Laniz (3) Koleksi NA (3) Koleksi Najlah (3) Luxury Abaya (3) Monsoon (3) Pertandingan Mencipta Logo (3) Seminar Dr Azizan Osman (3) Year End Sale (3) abaya (3) jenis-jenis kain (3) Accessorize (2) Batwing Style (2) Beg Tangan Koleksi Farlisey (2) Bisnes Online (2) Clearance Sale (2) Designer Abayas (2) ELMU BISNES (2) Ilmu (2) Jualan Penghabisan Stok (2) Koleksi Kanak-Kanak (2) Koleksi YYJA (2) Motivasi Bisnes (2) Nearly Natural (2) Saiz XXS (2) Saudi crepe (2) Seminar Marketing Power (2) Single Layer Niqab (2) Stok Semasa (2) Tip Membeli Abaya (2) ALDO (1) Abaya ALIAA (1) Abaya Baru (1) Abaya Berkualiti (1) Abaya Fabric (1) Abaya Kanak-Kanak (1) Abaya Material (1) Abaya Murah (1) Abaya Party (1) Abaya Tanah Arab (1) Abaya untuk semua (1) Alumni Dr Azizan Osman (1) Ann Taylor (1) Apa itu abaya (1) Aqsa Syarif (1) Asal-usul abaya (1) BANGKIT (1) BANGKIT2014 (1) Banjir di Thailand (1) Bantaun Kemanusiaan (1) Beg Tangan Coach ORI (1) Bencana Alam (1) Bersolek (1) Big Buddha (1) Big Shawl (1) Bridal Wear (1) Buccellati (1) By Malene Birger (1) CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA (1) Cakna Palestin (1) Carlos by Carlos Santana (1) Coaching (1) Demonstrasi Pakai Tudung (1) Dunia Bisnes (1) FAUSTO PUGLISI (1) FULLA (1) Fabric for abaya (1) Feedback (1) Friday Special Sale (1) From Zero To Hero (1) GIVEAWAY (1) Handbag (1) Hari Raya (1) Hukum-Hakam (1) IJI 2013 (1) IJI2013 (1) INFO (1) Idea Adalah Rezeki (1) Ikim.fm (1) India (1) Intensif Jutawan Industri (1) Internet crepe fabric (1) Iosselliani (1) Istilah Perniagaan (1) Jane Norman (1) Jualan Istimewa Jumaat (1) Jualan Murah (1) Kain Abaya (1) Kain Fursan (1) Kain Saudi Crepe (1) Kak Tengku Norihan Punya Pasal (1) Karnival (1) Karnival Mahabbah Ikim.fm (1) Kelantan (1) Kelas Bisnes Online Percuma (1) Keputusan Pertandingan (1) Koleksi Hana Ayu (1) Koleksi HnS (1) Kota Bharu (1) Kurt Geiger (1) Lancôme (1) Laura Mercier (1) Lexus fabric (1) Low Cost Abayas (1) MAAZ Abaya (1) MICHAEL Michael Kors (1) Maklumbalas (1) Makna abaya (1) Mango (1) Market (1) Medium Class (1) Moyna (1) Mulberry (1) New Design (1) Nuevo (1) Oasis (1) Online Bisnes (1) Oozoo (1) Opening Ceremony (1) Organizational Behaviour (1) PERLAKUAN ORGANISASI (1) PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP (1) Pakaian menutup aurat (1) Pengumuman (1) Perkongsian Ilmu (1) Pieces (1) Plain Abaya (1) Prada (1) Pre-Love (1) Princess Cut Abaya (1) Prinsip Penting Bila Jual Pakaian Muslimah (1) Proenza Schouler (1) RM500 ke atas (1) Ramadhan Mega Sale (1) Roberto Del Carlo (1) SPONSOR ABAYA (1) Selendang Arab (1) Seminar (1) Senarai 101 Impian (1) Shawl (1) Soal Jawab Agama (1) Sole Society (1) Speaking (1) Stadium Sultan Muhammad Ke IV (1) Susan Caplan Vintage (1) Swiss Polo (1) Syarat Pakaian Wanita Islam (1) TATARIAS ABAYA (1) TIP MEMBELI ABAYA ORIGINAL DARI NEGARA TELUK (1) TIP PENJAGAAN ABAYA (1) Tabaruj (1) Tabung Kemanusiaan Gaza (1) Tabung Palestin (1) Tarha (1) Tazkirah (1) Testimoni (1) The Difference Between Abaya And Jelbab (1) Tip Content Marketing (1) Tips Membeli Abaya di Mekah/Madinah (1) Tudung Bulat (1) Type of fabric for abaya (1) Ucap Selamat (1) Ulang Tahun Ke-2 (1) Yves Saint Laurent (1) Zara (1) Zimmermann (1) abaya for work (1) abaya shape (1) abaya untuk badan besar (1) abaya untuk orang kecil (1) bisht (1) daily essentials (1) di mana abaya dijahit (1) eid mubarak (1) import abaya dari mana (1) jenis-jenis bentuk abaya (1) jilbab (1) saiz abaya (1) saiz-saiz abaya (1) tempat jahit abaya (1) what is abaya (1) working attire (1)