November 13, 2011

Apa Itu Abaya?

BISMILLAH.

Tentu masih ramai yang tidak tahu apa sebenarnya ABAYA ini. Jangan bimbang, Abaya Elegan akan membantu anda memahami makna perkataan ABAYA ini. Kepakaran kami ialah memasarkan abaya berkualiti dari negara teluk maka kami berpengalaman tentang abaya, fabriknya, potongannya dan asalnya.

Butterfly Abaya
Sumber: www.yehab.com

Abaya ialah pakaian tradisi wanita-wanita di negara-negara teluk atau timur tengah. Di sana ia dipanggil 'Abaya', 'Swaeiyah' ataupun 'Daffa'. Ia pada dasarnya ialah sehelai kain (pakaian) yang dipakai di luar atau pun di atas pakaian lain bila wanita mahu keluar rumah. Dalam bahasa Inggeris dipanggil 'black over garment' atau 'black cloak' jika diterjemahkan maknanya 'selimut hitam'.

Pemakaian abaya adalah amat bertepatan dengan ciri-ciri pakaian wanita Islam yang menepati syariat. Ini kerana sehelai abaya biasanya mempunyai beberapa ciri berikut:
  • Kainnya tebal
  • Warnanya hitam
  • Ianya besar dan longgar
  • Ianya labuh menutupi seluruh badan
  • Ianya sopan
  • Simbol wanita Islam

Abaya menutup dan melindungi aurat wanita muslimah dengan baik.
Sumber: WKTI

Sebahagian besar masyarakat di negara teluk menganggap abaya sebagai pakaian tradisi mereka namun di zaman ini abaya sudah menjadi pakaian global kerana di mana-mana saja ada muslimah yang memakai abaya. Pengaruh fesyen dan budaya Khalejia atau budaya wanita-wanita UAE yang sentiasa elegan memakai abaya kini menjadi fenomena di beberapa negara yang mempunyai jumlah umat Islam yang besar seperti Malaysia dan Indonesia.

Tapi, jangan terkejut kerana ramai muslimah dari negara-negara bukan Islam pada hari ini gemar memakai abaya. Mereka telah menerima abaya sebagai pakaian Islam yang ringkas, elegan dan sangat memuaskan dalam menutup aurat.

Umbrella-Cut Abaya

Satu masa dulu rekaan abaya hanyalah sangat asas tapi hari ini kita boleh lihat abaya dalam pelbagai potongan, variasi fabrik, warna dan gaya. Ada abaya dipotong 'straight cut' seperti kebanyakan abaya dari Arab Saudi dan Indonesia. Manakala abaya berpotongan 'A-cut' dan 'Butterfly-cut' sangat terkenal di UAE dan Qatar yang biasanya dipanggil ABAYA DUBAI yang sangat elegan bila dipakai. Sekarang ini ada pula 'Umbrella-Cut' atau 'Princess-Cut' yang bukaan bawahnya kembang luas tapi sangat feminin.

Hiasan abaya pula kalau dulu hanya kosong saja atau sekadar sedikit tambahan lis atau sulaman berwarna sama, hari ini banyak abaya dihiasi dengan tampalan kristal swarovski yang berkilauan, jahitan sulaman yang cantik berwarna-warni, jahitan manik dan labuci dan kini penggunakan pelbagai fabrik kontras pula. Mungkin perkembangan fesyen abaya ini yang membawa imej kontemporari telah berjaya menarik minat pelbagai lapisan usia dan pelbagai negara boleh menerima abaya sebagai pakaian harian atau pakaian eksklusif mereka.

Berabaya ke pantai.
Sumber: shariwatt.wordpress.com

Berkuda dengan abaya.
Sumber: Google

Sehelai abaya boleh dipakai untuk pelbagai aktiviti, suasana dan ke mana. Pemakainya hanya perlu pandai menambah aksesori atau mengubah gaya tudung malah hanya dengan menukar kasut dan beg tangan sudah cukup untuk menyesuaikan abaya itu dengan suasana baru. Bak kata, setiap wanita muslimah memerlukan abaya di dalam almari pakaian mereka. Ke pejabat boleh dipakai, ke majlis kenduri boleh, ke majlis makan malam boleh, ke masjid lagi....lah boleh, ke pusat membeli-belah pun boleh, katakan ke mana saja, abaya adalah pakaian yang paling sesuai.

Abaya Elegan adalah pakar dalam memasarkan abaya-abaya berkualiti yang boleh dibeli mengikut bajet anda. Malah jika selama ini anda asyik bermasalah untuk mendapatkan abaya yang saiznya sesuai dengan badan anda, Abaya Elegan boleh selesaikan masalah anda. Pakai abaya mengikut garis panduan Islam insyaAllah AURAT TERJAGA, MARUAH TERPELIHARA.

Belilah ABAYA dari ABAYA ELEGAN sekarang!


3 comments:

  1. Assalamualaikum kakchik..saya suke tgk koleksi2 abaya dlm blog kakchik ni,sblm ni sy penah beli abaya online size 'S' tp agak besar utk sy..sy ni berbadan kecik klu beli baju size 'S' kt kedai pun mmg kene alter ckit hehe..sy tgk size 'XS' pun besar..size 'XXS' tu agaknye bape lebar bahunye yer??klu tinggi 145 tu okla tu..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam kaklong.

    Kaklong, kalau tinggi kaklong 145 cm insyaAllah boleh pakai abaya saiz XXS/48 ni. Tapi saiz ini kena tempah khas sebab abaya readymade kalau dari Dubai/Qatar insyaAllah saiz plg kecil ialah XS/50 dan jika dari Saudi biasanya S/52. Lepas ni kaklong boleh tempah abaya dengan kakchik. Tak payah dah nak alter. Hanya perlu berikan ukuran badan saja.

    ReplyDelete
  3. Check out Muslim Wear Abaya and other related Asian Style Shalwar Kameez at:
    http://www.theasianstyle.com/

    ReplyDelete

ABAYA DUBAI DEEP BLUE & SULTRY MAROON

**READYSTOCK** Harga: RM180.00 Kos Pos: SM Percuma, SS RM15 Saiz yang ada: 52, 54, 56 dan 58 Untuk Order: Copy gambar &am...

Labels

Dubai Pre-Orders Sold Makluman Koleksi DAC Koleksi AS RM200 - RM300 RM150 - RM200 Ready-Stock Arab Saudi Tracking No Saiz S Saiz M TEMPAHAN Saiz XS Koleksi Jeddah PRE ORDER Open Front fashion polyvore style RM80 - RM150 Saiz L RM300 - RM400 Testimonial Sale Abaya Qatar Close Front Saiz XL Style Ideas Koleksi Eksklusif Penghantaran Hari Ini IN STOCK Inilah Kisahku Malaysia Shayla Butterfly Abaya Colored Abaya Koleksi IffahZara Gerai Jualan Promosi Jubah Koleksi NA Eksklusif My Story Pakistan Pashmina Pelanggan Yang Puashati Tudung 60 inci Video jenis material abaya How To IMKK Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan JENIS KAIN ABAYA Koleksi Sahara Niqab atau Purdah Tutorial Shayla Abaya Umbrella Cara Pakai Shayla Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya Guerlain Indonesia Jalabiya Koleksi BAT Koleksi Ibu Menyusu Nota Penghabisan Stok Saiz XXL Umbrella Abaya abaya jenis-jenis kain Coach Fursan INFO Idea Bergaya Jualan Ramadhan Monsoon Pertandingan Mencipta Logo Qatar Seminar Dr Azizan Osman Testimoni Vietnam A-cut Abaya Dubai Abaya Premium Accessorize Beg Tangan Koleksi Farlisey Bisnes Online Cara Pilih Saiz Abaya Custom Made Designer Replicas ELMU BISNES Ilmu Kain Abaya Kain Nida Koleksi Laniz Koleksi NA Koleksi RINAS Koleksi Umbrella Luxury Abaya Motivasi Bisnes Nearly Natural RM10 - RM70 Saudi crepe Seminar Marketing Power Single Layer Niqab Soal Jawab Abaya Stok Semasa TIP PENJAGAAN ABAYA Tip Membeli Abaya Year End Sale jenis-jenis bentuk abaya saiz abaya ALDO ARTIKEL Abaya Bajet Abaya Baru Abaya Berkualiti Abaya Fabric Abaya Fursan Abaya Kuwait Abaya Ladies Abaya Mahal Abaya Material Abaya Murah Abaya Party Abaya Replika Abaya Tanah Arab Abaya untuk semua Alumni Dr Azizan Osman Ann Taylor Apa itu abaya Aqsa Syarif Asal-usul abaya Auteurs Du Monde BANGKIT BANGKIT2014 Banjir di Thailand Bantaun Kemanusiaan Bencana Alam Bentuk Abaya Bersolek Big Buddha Big Shawl Buccellati By Malene Birger CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA Cakna Palestin Cara Ukur Abaya Carlos by Carlos Santana Clearance Sale Coaching DR AZIZAN OSMAN Demonstrasi Pakai Tudung Dunia Bisnes FAUSTO PUGLISI Fabric for abaya Feedback From Zero To Hero GIVEAWAY Hari Raya House of Harlow 1960 Hukum-Hakam IJI 2013 IJI2013 ISTIMEWANYA ABAYA QATAR Idea Adalah Rezeki Ikim.fm Intensif Jutawan Industri Internet crepe fabric Iosselliani Istilah Perniagaan Jane Norman Jualan Murah Jualan Penghabisan Stok Jualan Pra-Ramadhan Kain Fursan Kain Saudi Crepe Kak Tengku Norihan Punya Pasal Karnival Karnival Mahabbah Ikim.fm Kelantan Kelas Bisnes Online Percuma Keputusan Pertandingan Koleksi HnS Koleksi MoonAbaya Kota Bharu Kurt Geiger Lancôme Laura Mercier Lexus fabric Louis Vuitton MICHAEL Michael Kors Maklumbalas Makna abaya Mango Market Membeli-belah Moyna Mulberry Nida Nordic Ware Nuevo Oasis Online Bisnes Oozoo Opening Ceremony Organizational Behaviour Our Clients PEMASARAN PERLAKUAN ORGANISASI PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP Pakaian Solat Ready Pakaian menutup aurat Pengumuman Perkongsian Ilmu Pieces Plain Abaya Prada Prinsip Penting Bila Jual Pakaian Muslimah Proenza Schouler RM500 ke atas Readymade Roberto Del Carlo SPONSOR ABAYA Sedia Untuk Solat Selendang Arab Seminar Senarai 101 Impian Shawl Shopping Soal Jawab Agama Solat Ready Sole Society Speaking Stadium Sultan Muhammad Ke IV Susan Caplan Vintage Syarat Pakaian Wanita Islam TATARIAS ABAYA TIP BISNES TIP MEMBELI ABAYA ORIGINAL DARI NEGARA TELUK Tabaruj Tabung Kemanusiaan Gaza Tabung Palestin Tarha Tazkirah Tempoh Menunggu The Difference Between Abaya And Jelbab Tip Content Marketing Tips Tips Membeli Abaya di Mekah/Madinah Tips Memilih Rekaan Abaya Tips Memilih Saiz Abaya Type of fabric for abaya Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-2 Vans Yves Saint Laurent Zara Zimmermann abaya for work abaya shape abaya untuk badan besar abaya untuk orang kecil bisht daily essentials di mana abaya dijahit eid mubarak import abaya dari mana jilbab saiz-saiz abaya tempat jahit abaya what is abaya working attire

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails