November 9, 2010

Penjelasan Maksud Istilah-Istilah Yang Digunakan Agar Pelanggan Tidak Keliru

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Para pelanggan yang dihormati,

Hari ni kakchik nak beri sedikit penjelasan tentang beberapa ISTILAH PENTING yang kakchik gunakan di dalam blogshop ABAY ELEGAN ini. Kakchik harap selepas kakchik membuat penjelasan ini para pelanggan lebih faham apa yang berlaku dalam proses sesuatu tempahan atau belian diuruskan.

Baiklah, mari kakchik teraskan satu demi satu.

READY STOCK
Maksudnya barang ADA DI TANGAN kakchik. Pembelian mestilah dengan BAYARAN PENUH dan kakchik akan menghantarnya pada hari AHAD, SELASA atau KHAMIS yang terdekat, tertakluk kepada perubahan. Jika hari hujan lebat atau kakchik tidak sihat, maka kakchik akan cuba maklumkan kelewatan penghantaran item yang dibeli. BOOKING hanya dibenarkan dalam masa 7 hari dengan DEPOSIT separuh harga. Jika melebihi tempoh tersebut deposit dikira hangus atas kerugian barangniaga kakchik yang tidak dipamerkan atau tidak dapat dijual oleh pelanggan lain dalam tempoh berkenaan.

PRE-ORDER
Maksudnya barang masih di Dubai sama ada perlu dijahit atau perlu dibeli oleh pembekal. Barang ini perlu DITEMPAH oleh pelanggan dengan membayar DEPOSIT separuh harga manakala bayaran penuh amat dialu-alukan. Untuk proses ini, kakchik biasanya membuat pengumpulan tempahan bermula 11hb setiap bulan semasa hingga 10hb bulan berikutnya, jadi pelanggan kena faham, anda tempah hari ini bukan bermakna lusa anda akan dapat barangnya. Ikut kebiasaan, 10hb malam kakchik akan menghantar senarai akhir tempahan untuk batch semasa dan pembekal akan ambil masa lebih kurang 2 hingga 3 minggu untuk menyiapkan tempahan dan menghantarkannya ke Malaysia. Jika berlaku apa-apa masalah bungkusan mungkin ambil masa sebulan untuk sampai.

CLEARANCE
Biasanya stok lama yang melebihi 5 bulan yang masih belum terjual akan kakchik masukkan dalam kategori ini dengan menjualnya pada harga diskaun 15% - 20%. Kakchik tidak mampu untuk beri diskaun lebih dari itu kerana kos penghantaran yang tinggi bagi sesetengah bekalan dan diskaun reseller pun bukanlah begitu besar kerana jumlah abaya yang kakchik ambil secara borong pun tidaklah begitu banyak. Jadi jika para pelanggan mahu memakai abaya yang berkualiti pada harga lebih murah, silalah tengok abaya di dalam kategori ini.

SALE
Sepanjang tempoh SALE atau JUALAN MURAH berlangsung, harga beberapa item tertentu akan diturunkan pada harga diskaun. Perhatian ya, di masa SALE tidak semua item diberikan diskaun. KECUALI, bila kakchik kata, JUALAN MURAH UNTUK SEMUA ITEM. Insyaallah semua item ada diskaun masing-masing.

Hmm... istilah apa lagi ya? Kakchik takleh nak fikir dah. Kalau ada pertanyaan sila tinggalkan dalam kotak komen di bawah ya.

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak chik
    Bagus juga akk terangkan begini.:)
    kekdng ada juga pelanggan yang tidak faham walaupun dah ditulis dgn jelas.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam Idah. Terima kasih kerana memahami tindakan kakchik ni. Kakchik kasihan kat pelanggan yang tidak sempat ambil tahu prosedur dalam bisnes ni jadi sebelum berlaku salah faham, baik kakchik terangkan dulu.

    ReplyDelete

JUBAH NIKAH & BERTUNANG

FREE SIZE PRICE RM379.00 TO ORDER:  www.wasap.my/60169213659

Labels

Dubai Pre-Orders Sold Makluman Koleksi DAC Koleksi AS RM200 - RM300 RM150 - RM200 Ready-Stock Arab Saudi Tracking No Saiz S Saiz M TEMPAHAN Saiz XS Koleksi Jeddah PRE ORDER Open Front fashion polyvore style RM80 - RM150 Saiz L RM300 - RM400 Testimonial Sale Abaya Qatar Close Front Saiz XL Style Ideas Koleksi Eksklusif Penghantaran Hari Ini IN STOCK Inilah Kisahku Malaysia Shayla Butterfly Abaya Colored Abaya Koleksi IffahZara Gerai Jualan Promosi Jubah Koleksi NA Eksklusif My Story Pakistan Pashmina Pelanggan Yang Puashati Tudung 60 inci Video jenis material abaya How To IMKK Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan JENIS KAIN ABAYA Koleksi Sahara Niqab atau Purdah Tutorial Shayla Abaya Umbrella Cara Pakai Shayla Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya Guerlain Indonesia Jalabiya Koleksi BAT Koleksi Ibu Menyusu Nota Penghabisan Stok Saiz XXL Umbrella Abaya abaya jenis-jenis kain Coach Fursan INFO Idea Bergaya Jualan Ramadhan Monsoon Pertandingan Mencipta Logo Qatar Seminar Dr Azizan Osman Testimoni Vietnam A-cut Abaya Dubai Abaya Premium Accessorize Beg Tangan Koleksi Farlisey Bisnes Online Cara Pilih Saiz Abaya Custom Made Designer Replicas ELMU BISNES Ilmu Kain Abaya Kain Nida Koleksi Laniz Koleksi NA Koleksi RINAS Koleksi Umbrella Luxury Abaya Motivasi Bisnes Nearly Natural RM10 - RM70 Saudi crepe Seminar Marketing Power Single Layer Niqab Soal Jawab Abaya Stok Semasa TIP PENJAGAAN ABAYA Tip Membeli Abaya Year End Sale jenis-jenis bentuk abaya saiz abaya ALDO ARTIKEL Abaya Bajet Abaya Baru Abaya Berkualiti Abaya Fabric Abaya Fursan Abaya Kuwait Abaya Ladies Abaya Mahal Abaya Material Abaya Murah Abaya Party Abaya Replika Abaya Tanah Arab Abaya untuk semua Alumni Dr Azizan Osman Ann Taylor Apa itu abaya Aqsa Syarif Asal-usul abaya Auteurs Du Monde BANGKIT BANGKIT2014 Banjir di Thailand Bantaun Kemanusiaan Bencana Alam Bentuk Abaya Bersolek Big Buddha Big Shawl Buccellati By Malene Birger CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA Cakna Palestin Cara Ukur Abaya Carlos by Carlos Santana Clearance Sale Coaching DR AZIZAN OSMAN Demonstrasi Pakai Tudung Dunia Bisnes FAUSTO PUGLISI Fabric for abaya Feedback From Zero To Hero GIVEAWAY Hari Raya House of Harlow 1960 Hukum-Hakam IJI 2013 IJI2013 ISTIMEWANYA ABAYA QATAR Idea Adalah Rezeki Ikim.fm Intensif Jutawan Industri Internet crepe fabric Iosselliani Istilah Perniagaan Jane Norman Jualan Murah Jualan Penghabisan Stok Jualan Pra-Ramadhan Kain Fursan Kain Saudi Crepe Kak Tengku Norihan Punya Pasal Karnival Karnival Mahabbah Ikim.fm Kelantan Kelas Bisnes Online Percuma Keputusan Pertandingan Koleksi HnS Koleksi MoonAbaya Kota Bharu Kurt Geiger Lancôme Laura Mercier Lexus fabric Louis Vuitton MICHAEL Michael Kors Maklumbalas Makna abaya Mango Market Membeli-belah Moyna Mulberry Nida Nordic Ware Nuevo Oasis Online Bisnes Oozoo Opening Ceremony Organizational Behaviour Our Clients PEMASARAN PERLAKUAN ORGANISASI PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP Pakaian Solat Ready Pakaian menutup aurat Pengumuman Perkongsian Ilmu Pieces Plain Abaya Prada Prinsip Penting Bila Jual Pakaian Muslimah Proenza Schouler RM500 ke atas Readymade Roberto Del Carlo SPONSOR ABAYA Sedia Untuk Solat Selendang Arab Seminar Senarai 101 Impian Shawl Shopping Soal Jawab Agama Solat Ready Sole Society Speaking Stadium Sultan Muhammad Ke IV Susan Caplan Vintage Syarat Pakaian Wanita Islam TATARIAS ABAYA TIP BISNES TIP MEMBELI ABAYA ORIGINAL DARI NEGARA TELUK Tabaruj Tabung Kemanusiaan Gaza Tabung Palestin Tarha Tazkirah Tempoh Menunggu The Difference Between Abaya And Jelbab Tip Content Marketing Tips Tips Membeli Abaya di Mekah/Madinah Tips Memilih Rekaan Abaya Tips Memilih Saiz Abaya Type of fabric for abaya Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-2 Vans Yves Saint Laurent Zara Zimmermann abaya for work abaya shape abaya untuk badan besar abaya untuk orang kecil bisht daily essentials di mana abaya dijahit eid mubarak import abaya dari mana jilbab saiz-saiz abaya tempat jahit abaya what is abaya working attire

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails