July 24, 2010

'Bisht', Jubah Tradisi Yang Menjadi Kebanggaan

Jumaat Julai 23, 2010

Amer Al-Kattan menunjukkan Bisht Al-Kattan, kot musim sejuk untuk lelaki, di butik milik keluarganya yang terletak di Al-Mubarakiyah Souk, Kuwait City baru-baru ini. - Foto BERNAMA

KUWAIT CITY: “Bapa saya pernah menjahitnya sendiri dan kini saya hanya menguruskan perniagaan ini.

"Seramai 30 warga India dan Bangladesh menjahit jubah bagi jenama Bisht Al Kattan kepunyaan kami,” kata Pengurus Besar perniagaan keluarga ini, Amer T. Al-Kattan, kepada penulis baru-baru ini.

'Bisht' ialah sejenis pakaian tradisi atau jubah bagi lelaki Arab yang dibuat dan diedar secara eksklusif oleh butik warisan yang terkenal ini.

Ia merupakan jubah yang popular di Teluk Parsi dan beberapa negara Arab.

Pada dasarnya 'Bisht' ialah jubah yang disarung seperti jaket labuh ke kaki menutupi pakaian lain. Ia lembut dan biasanya berwarna hitam, coklat, krim atau kelabu.

Bisht biasanya hanya dikenakan sebagai simbol prestij dan untuk acara khas seperti majlis perkahwinan dan festival.

Butik keluarga Al Kattan terletak di tengah-tengah kota ini iaitu Al-Mubarakiyah souk. Pelanggannya termasuk keluarga Diraja, duta serta orang kenamaan.

“Perniagaan Bisht merupakan satu pelaburan yang mahal. Kos pengendaliannya tinggi dan kami kena sediakan warna berlainan dalam pelbagai saiz serta juga pelbagai fabrik. Dari saiz yang biasa 26 ke 30 dalam 12 warna kegemaran pelanggan hinggalah kepada coraknya dalam tiga rekaan berbeza. Dan saya akan pastikan terdapat 10 Bisht bagi setiap saiz.

"Pada setiap masa, saya ada tidak kurang daripada 1,800 Bisht dari satu jenis fabrik di dalam bilik pameran. Setiap satu dibuat dengan tangan, seperti Najafi yang halus dan eksklusif, Kashmiri atau Pashmina yang mahal, ‘Japaney’ yang harganya berpatutan serta beberapa fabrik Inggeris bergantung kepada bajet pelanggan serta juga pilihan dan keperluan pemakaian Bisht pada majlis rasmi," kata Amer.

FESYEN BADWI

Warga Arab Saudi menggemari Bisht mereka dibuat dengan gaya asal pemakaiannya iaitu corak rekaan Badwi.
Amer Al-Kattan (kanan) bersama bapanya, Taher Al-Kattan.

Warna yang mereka pilih juga agak konservatif iaitu warna yang berkait rapat dengan suasana di sekeliling kediaman mereka seperti padang pasir yang luas terbentang iaitu warna hitam, coklat dan putih.

Jika dibandingkan dengan warga Kuwait, mereka memilih warna yang agak umum atau fesyen dan corak rekaan yang lebih moden seperti antaranya warna biru langit dan juga Bisht berwarna hijau.

Pakaian tradisi ini biasanya dipakai pada majlis perkahwinan dan si pengantin lelaki akan memakainya semasa menjadi 'Raja sehari', hari bersejarah baginya.

“Kanak-kanak tidak pakai Bisht, mereka tidak diperlukan memakai jubah itu kerana ada cara tersendiri dalam memakainya.

"Tiada butang di bahagian depan dan tiada tali yang mengikat Bisht ini bila dipakai. Sebelah kiri jubah yang terbuka perlu dipegang dan dikepit di bawah lengan serta dirapatkan ke badan pemakainya,” terang Amer sambil menggayakan cara pemakaian Bisht melalui visual di www.bisht.com .

MAJLIS RASMI

Selain majlis perkahwinan, adalah wajib bagi pegawai kerajaan memakai Bisht pada majlis-majlis perhimpunan rasmi.

Jubah itu juga dipakai semasa upacara pengkebumian.

“Ramai juga memakai jubah tradisi ini pada bulan Ramadan. Ia merupakan satu penghormatan bagi anda memakai pakaian tradisi ini bila hadir majlis kesyukuran.

"Sudah tentu Bisht yang mahal akan memberi anda status semasa hadir ke majlis, kerana jubah yang mahal mempunyai hiasan serta aksesori. Bisht yang dipakai pada musim sejuk lebih tebal berbanding yang dipakai di musim panas.

"Benang emas ditambah pada hiasan bahagian depan jubah, menambahkan lagi elegan dan juga harganya,” kata Amer sambil tersenyum ketika bercerita tentang pelbagai Bisht yang berlainan serta kegunaan jubah ini.

Baru-baru ini syarikat Bisht Al Kattan menerima e-mel daripada gadis berumur 16 tahun yang mahu menghadiahkan jubah itu kepada abangnya yang akan menjadi graduan kursus pengajian Islam di sebuah universiti di Kanada.

Walaupun keluarga gadis itu merupakan warga Kanada dan tidak berketurunan Arab, gadis itu tetap mahukan abangnya memakai Bisht pada hari yang penuh bermakna bagi beliau.

Amer Al-Kattan memegang Najafi Bisht.

“Saya cukup terharu dengan niatnya yang mahu menghadiahkan Bisht," kata Amer.

"Jadi kami membuat keputusan memberikan Bisht itu kepadanya sebagai hadiah. Gadis itu memberitahu kami yang beliau menggunakan wangnya sendiri untuk membeli jubah itu dan berharap agar diberikan harga istimewa.

"Saya dan bapa memberikan jubah padanya tanpa apa-apa bayaran,” kata Amer sambil memandang bapanya Taher Al Kattan yang duduk berdekatan kami semasa temubual itu.

HARGA BISHT

Harga bagi sehelai Bisht yang coraknya direka khas bergantung pada bahan serta hiasan dan rekaan di bahagian depannya.

Harga jubah Najafi boleh mencecah sehingga 400 Dinar Kuwait (KD)atau RM5,200 dan bahannya merupakan benang dari bulu kambing.

“Bisht jenis Najafi memang ringan. Itu sebabnya harga jubah itu mahal selain daripada kerja membuatnya dilakukan oleh wanita Najafi di Iraq yang menggunakan tangan bagi memastikan kualiti dan kehalusannya,” kata Amer.

Bagi sehelai Bisht ‘Japoney’ yang dibuat daripada fabrik keluaran negara matahari terbit harganya ialah KD130 (RM1,690) dan ia popular untuk majlis perkahwinan di negara-negara yang mengamalkan pemakaian jubah itu.

Jenis Bisht yang paling mahal ialah Kashmiri atau Pashmina yang harganya boleh mencecah KD1,200 (RM15,600).

“Kami ditugaskan menyediakan Bisht ini untuk Putera Mahkota Kuwait dan Perdana Menteri (Kuwait) juga merupakan pelanggan istimewa kami. Perniagaan kami bukan setakat untuk mengaut keuntungan tetapi juga sebagai nilai pertalian yang kami jalinkan dengan keluarga diraja, ahli politik sesama masyarakat Arab serta juga orang Islam dari seluruh dunia,” Amer menerangkan lagi.

MENYIAPKAN BISHT

Secara tradisinya, seorang penjahit Bisht memerlukan 10 hari untuk menyiapkan jubah itu.

Bagaimanapun pada masa kini, sehelai Bisht disediakan oleh lima penjahit sekali gus dan jubah ini dapat disiapkan dalam masa 15 hari.

Masa yang lebih panjang diperlukan untuk kerja menyiapkan hiasan atau motif yang lebih rumit pada jubah tertentu.

Benang emas disulam dalam pelbagai corak di bahagian depan jubah dan ini menambahkan lagi kesenian serta seri kerja tangan halus Bisht.

Oleh itu kaedah pengendalian jubah ini juga perlu 'lembut dan halus'.

Hanya terdapat empat keluarga di dalam industri pengeluaran Bisht dan kesemua mereka berasal dari Hofuf, satu daerah dari Arab Saudi.

Keluarga Al Kattan ialah satu-satunya pengeluar dan pembekal Bisht yang masih memegang kerakyatan Arab Saudi walaupun beroperasi di Kuwait City.

Dengan sebuah bilik pameran yang besar serta diurus dengan baik di tengah-tengah bandar raya ini, Bisht Al Kattan akan terus mengeluarkan jubah istimewa ini bagi generasi yang akan datang. - BERNAMA

1 comment:

  1. dimana saya boleh beli bisht nie ? ada tak jual kat malaysia ?

    ReplyDelete

ABAYA DUBAI DEEP BLUE & SULTRY MAROON

**READYSTOCK** Harga: RM180.00 Kos Pos: SM Percuma, SS RM15 Saiz yang ada: 52, 54, 56 dan 58 Untuk Order: Copy gambar &am...

Labels

Dubai Pre-Orders Sold Makluman Koleksi DAC Koleksi AS RM200 - RM300 RM150 - RM200 Ready-Stock Arab Saudi Tracking No Saiz S Saiz M TEMPAHAN Saiz XS Koleksi Jeddah PRE ORDER Open Front fashion polyvore style RM80 - RM150 Saiz L RM300 - RM400 Testimonial Sale Abaya Qatar Close Front Saiz XL Style Ideas Koleksi Eksklusif Penghantaran Hari Ini IN STOCK Inilah Kisahku Malaysia Shayla Butterfly Abaya Colored Abaya Koleksi IffahZara Gerai Jualan Promosi Jubah Koleksi NA Eksklusif My Story Pakistan Pashmina Pelanggan Yang Puashati Tudung 60 inci Video jenis material abaya How To IMKK Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan JENIS KAIN ABAYA Koleksi Sahara Niqab atau Purdah Tutorial Shayla Abaya Umbrella Cara Pakai Shayla Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya Guerlain Indonesia Jalabiya Koleksi BAT Koleksi Ibu Menyusu Nota Penghabisan Stok Saiz XXL Umbrella Abaya abaya jenis-jenis kain Coach Fursan INFO Idea Bergaya Jualan Ramadhan Monsoon Pertandingan Mencipta Logo Qatar Seminar Dr Azizan Osman Testimoni Vietnam A-cut Abaya Dubai Abaya Premium Accessorize Beg Tangan Koleksi Farlisey Bisnes Online Cara Pilih Saiz Abaya Custom Made Designer Replicas ELMU BISNES Ilmu Kain Abaya Kain Nida Koleksi Laniz Koleksi NA Koleksi RINAS Koleksi Umbrella Luxury Abaya Motivasi Bisnes Nearly Natural RM10 - RM70 Saudi crepe Seminar Marketing Power Single Layer Niqab Soal Jawab Abaya Stok Semasa TIP PENJAGAAN ABAYA Tip Membeli Abaya Year End Sale jenis-jenis bentuk abaya saiz abaya ALDO ARTIKEL Abaya Bajet Abaya Baru Abaya Berkualiti Abaya Fabric Abaya Fursan Abaya Kuwait Abaya Ladies Abaya Mahal Abaya Material Abaya Murah Abaya Party Abaya Replika Abaya Tanah Arab Abaya untuk semua Alumni Dr Azizan Osman Ann Taylor Apa itu abaya Aqsa Syarif Asal-usul abaya Auteurs Du Monde BANGKIT BANGKIT2014 Banjir di Thailand Bantaun Kemanusiaan Bencana Alam Bentuk Abaya Bersolek Big Buddha Big Shawl Buccellati By Malene Birger CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA Cakna Palestin Cara Ukur Abaya Carlos by Carlos Santana Clearance Sale Coaching DR AZIZAN OSMAN Demonstrasi Pakai Tudung Dunia Bisnes FAUSTO PUGLISI Fabric for abaya Feedback From Zero To Hero GIVEAWAY Hari Raya House of Harlow 1960 Hukum-Hakam IJI 2013 IJI2013 ISTIMEWANYA ABAYA QATAR Idea Adalah Rezeki Ikim.fm Intensif Jutawan Industri Internet crepe fabric Iosselliani Istilah Perniagaan Jane Norman Jualan Murah Jualan Penghabisan Stok Jualan Pra-Ramadhan Kain Fursan Kain Saudi Crepe Kak Tengku Norihan Punya Pasal Karnival Karnival Mahabbah Ikim.fm Kelantan Kelas Bisnes Online Percuma Keputusan Pertandingan Koleksi HnS Koleksi MoonAbaya Kota Bharu Kurt Geiger Lancôme Laura Mercier Lexus fabric Louis Vuitton MICHAEL Michael Kors Maklumbalas Makna abaya Mango Market Membeli-belah Moyna Mulberry Nida Nordic Ware Nuevo Oasis Online Bisnes Oozoo Opening Ceremony Organizational Behaviour Our Clients PEMASARAN PERLAKUAN ORGANISASI PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP Pakaian Solat Ready Pakaian menutup aurat Pengumuman Perkongsian Ilmu Pieces Plain Abaya Prada Prinsip Penting Bila Jual Pakaian Muslimah Proenza Schouler RM500 ke atas Readymade Roberto Del Carlo SPONSOR ABAYA Sedia Untuk Solat Selendang Arab Seminar Senarai 101 Impian Shawl Shopping Soal Jawab Agama Solat Ready Sole Society Speaking Stadium Sultan Muhammad Ke IV Susan Caplan Vintage Syarat Pakaian Wanita Islam TATARIAS ABAYA TIP BISNES TIP MEMBELI ABAYA ORIGINAL DARI NEGARA TELUK Tabaruj Tabung Kemanusiaan Gaza Tabung Palestin Tarha Tazkirah Tempoh Menunggu The Difference Between Abaya And Jelbab Tip Content Marketing Tips Tips Membeli Abaya di Mekah/Madinah Tips Memilih Rekaan Abaya Tips Memilih Saiz Abaya Type of fabric for abaya Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-2 Vans Yves Saint Laurent Zara Zimmermann abaya for work abaya shape abaya untuk badan besar abaya untuk orang kecil bisht daily essentials di mana abaya dijahit eid mubarak import abaya dari mana jilbab saiz-saiz abaya tempat jahit abaya what is abaya working attire

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails