January 14, 2010

AGAR KITA TIDAK LUPA

PAKAIKAN DIRIMU PAKAIAN TAQWA

“Kenapa muka Ummi berkerut-kerut tu?” Kak Long yang suka bertanya menghampiri saya. Saya menoleh memandang kepadanya. Tersenyum lantas kembali menatap gambar-gambar penuh warna ceria.

“Wah!Cantiklah…”tukasnya tiba-tiba. Belum pun sempat saya menjawab, bebola anak matanya lebih dahulu memandang skrin komputer. Teruja dan terpesona.

Bercorakkan motif floral abstrak dengan kombinasi satin warna ungu di bahagian dada, baju dari kain satin lembut warna hijau muda terang itu sangat menarik pandangan mata. Ditambah pula aksesori tambahan dari batuan mewah, baju itu cukup memukau dan indah. Itu tanggapan awal saya.

“Kak Long suka?”soal saya pula. Kak Long tersenyum lebar mengiyakan pertanyaan saya.

Memang cantik. Sebagai perempuan saya juga turut tertarik.

Cuma, ada kerisauan yang berdetik setiapkali saya menemukan gambar-gambar seumpamanya.

Memang perkara yang satu ini sungguh membimbangkan saya. Dari sehari ke sehari, perkembangannya merunsingkan hati. Kecamuk jiwa mengenangkan nilai Islam yang diletakkan bergandingan dengannya, sedangkan paparan yang ada menunjukkan ia sangat jauh dari ciri-ciri yang diharuskan agama.

Lebih-lebih lagi apabila pemakainya seakan-akan menonjolkan keindahan pakaian dengan bentuk tubuh yang masih jelas dapat diteroka oleh mata. Aduhai…

MELATA
Sudah lama sebenarnya saya memendam keinginan untuk berbicara sepatah dua mengenainya. Namun bak kata pepatah : Diluah mati emak, ditelan mati ayah. Serba salah.

Bukan saya tidak bersyukur. Bahkan saya akur, dek perkembangan fesyen pakaian Islam inilah, semakin ramai wanita Muslimah hari ini mengenakan tutup kepala. Bertudung dengan pelbagai cara dan gaya. Hal ini wajar mengembirakan saya dan kesyukuran ini dipanjangkan dengan tahmid kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Kaya.

Saya masih ingat betapa sukarnya Muslimah dahulu berjuang mempertahankan komitmen mereka untuk memenuhi kehendak agama. Mahu berpakaian menutup aurat walau bukan sedikit tentangan dan cabaran yang diterima. Mereka diejek, digertak dan dipandang sebelah mata sama ada oleh pihak sekolah, majikan atau ibu bapa. Namun, semua itu tidak mengurangkan semangat mereka hingga bilangan yang ada bertambah dari semasa ke semasa.

Berkat kesungguhan dan kesedaran pelopor awal inilah, beransur-ansur Muslimah bertudung mulai diterima di kalangan masyarakat, dari peringkat rakyat bawahan hingga kepada isteri-isteri pimpinan.

Kesan dari itu, rekaan dan gedung pakaian yang menampilkan ciri Islam mulai berkembang bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ia melatari persona dunia fesyen dengan meletakkan tuntutan syarak sebagai asas. Mendekati hati lembut wanita dengan variasi corak ilham perekanya. Melalui pelbagai tema.

Pesona Muslimah trendy terkini, Santun anggun menyerlah,
Sopan gaya kontemporari, Syari’e cantik tidak kalah.

Ya, dari suatu segi ia suatu perubahan yang amat membanggakan,namun dari sudut lain ia mewujudkan kebimbangan.

SALAH
Kebimbangan inilah yang melunturkan kegembiraan saya, bila melihat kepada penampilan pakaian yang tidak kena dengan namanya sebagai busana Muslimah yang sempurna.

Cuba anda lihat contoh pakaian di bawah ini.


Dan ini :


Sekali pandang, mungkin tidak ada apa-apa yang salah padanya. Labuhnya cukup menutup bahagian pinggul, berlengan panjang dan lengkap pula bertudung kepala. Akan tetapi, jika dinilai dari sudut ilmu dan kefahaman tentang ciri-ciri pakaian wanita Islam, ia sangat bercanggah dengan kebenaran.

Ciri-ciri yang digariskan di dalam Islam, berpandu al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW ialah :

1. Menutup aurat sebagaimana sabda Baginda : Telah berkata Aisyah RA “Sesungguhnya Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”


2. Tidak nipis sehingga nampak bayangan tubuh badan dari luar. Rasulullah SAW menegaskan di dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah, kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh” (Riwayat Muslim)


3. Tidak ketat atau sempit, tetapi longgar dan selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh terutama bahagian dada dan pinggul wanita, yang mengiurkan nafsu lelaki, mengecurkan keinginan syahwatnya dan seterusnya dapat menutup aspek kehaiwanan dari golongan itu.


4. Warna pakaian itu suram, tidak garang dan tidak terlalu terang. Tidak menyerlah atau menyilau pandangan, sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya ( terutama pakaian seperti jubah atau abaya). Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi SAW ketika mereka keluar rumah adalah berwarna hitam.


5. Tidak sekali-kali memakai bau-bauan yang harum, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu lelaki. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai zaaniyah, iaitu pelacur atau penzina. “Wanita apabila memakai wangi-wangian, kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini ( iaitu pelacur ). ” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


6. Tidak menyerupai ( bertasyabbuh ) dengan pakaian lelaki iaitu tidak meniru–niru atau menyerupai pakaian lelaki. Ibnu Abbas RA berkata: “Rasulullah SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki” (Riwayat Bukhari)

7. Tidak bertasyabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik.

8. Pakaian itu bukanlah bertujuan untuk libasush-shuhrah, iaitu untuk bermegah-megah. Menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan gaya.

HATI YANG BELUM TUNDUK
Saya percaya, rata-rata di kalangan Muslimah hari ini, ramai yang terpelajar dan sedar akan perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” ( Surah An-nur ayat 31 )

Dan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah al Ahzab ayat 59 )

Sudah jelas di dalam dua ayat di atas, Allah SWT dengan kebijaksanaan-Nya, mewajibkan setiap Muslimah mukminah, menutup seluruh anggota tubuh mereka. Melindungi lekuk-lekuk yang menggoncang sukma jejaka dan tidak memperlihatkan perhiasan melainkan kepada suami, ayah, bapa mertua, anak-anak dan lain-lain yang dibolehkan melihat aurat mereka.

Ia bermaksud sebagai preventif dan pelindung dari berbagai kerosakan. Ia bukan sekali-kali kekangan dan halangan untuk bergelandangan dalam aktiviti kemasyarakatan. Seorang wanita tetap dapat berinteraksi dalam linkungan sekitarnya dengan syarat ia harus menjaga kesopanan dan kewibawaan tanpa keluar dari batasan syariat Tuhan.

Orang-orang yang hati mereka terlindung dari kegelapan hidayah sering mengemukakan bahwa dengan pakaian cantik dan tampil bergaya, wanita memiliki keyakinan yang lebih untuk berdepan dengan suasana. Hakikatnya, mereka malu untuk keluar dengan gaya biasa-biasa. Mana mungkin penampilan seperti itu mampu melirik tumpuan mata?

Malang, hati-hati ini sebenarnya masih dahagakan pujian manusia. Justeru, busana muslimah yang disarung hanyalah kosmetik untuk kelihatan sopan semata-mata, bukan jujur untuk menjalankan perintah Yang Maha Esa.

PAKAIKAN DIRIMU PAKAIAN TAQWA
Kesimpulannya, dengan perkembangan pesat pelbagai model busana muslimah sekarang ini, bukan bererti kita tidak boleh menyukai atau memakainya. Kenakanlah ia pada tubuh, asal sahaja semuanya tidak melanggar piawaian Islam yang mulia.

Sebagai Muslimah beriman dan bertaqwa, seharusnya kita dapat menjaga hati agar busana muslimah yang kita kenakan tidak mengheret ke neraka. Sematkan niat yang ikhlas untuk mentaati perintah Allah dan jauhkan penyakit riak, ujub atau mencari populariti di kalangan manusia. Tunduklah demi cinta dan redha Allah semata. Benarlah firman-Nya yang bermaksud :

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat” ( Surah Al-A’raaf: ayat 26 )

Sedarlah, andai wanita menjaga aurat dengan sempurna dari pandangan yang bukan selayaknya, bermakna dia bukan sahaja menjaga maruah dirinya, bahkan maruah wanita mukmin seluruhnya.

Sesungguhnya peringatan ini demi kasih sayang saya. Kerana kita adalah wanita.

Kerana dirimu begitu berharga, capai duniawi jangan lupa ukhrawi,
Pakaikan dirimu pakaian taqwa, demi jati diri muslimah sejati.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Sumber: http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/01/pakaikan-dirimu-pakaian-taqwa.html

6 comments:

  1. salam kak chik,

    Very well said sis. The very reason TUM dh lama tak diupdate - because of the limited options in the current fashion industry for Muslim women. Susah sebenarnya nak cari rekaan kontemporari yang paling sesuai buat Muslimah dalam keadaan sekarang walaupun nampak je mcm byk pilihan. I'm actually on the verge of closing down TUM because of this, sometimes terasa mcm as though I'm encouraging our sisters to wear something that is not really Muslimah-compliant. It's like a nightmare hauting me every night.

    Afterall, yang menguasai bidang itu adalah non-Muslim and us being typical Malaysian hanya tunduk mengikut trend semata-mata. Ada pakaian yang sangat sesuai utk wanita Muslim, tapi mungkin kerana tekanan harganya dan jenis materialnya membuatkan kebanyakan kita rasa ragu-ragu utk membeli, apatah lagi memakainya walaupun keinginan itu sentiasa ada.

    Maybe kita patut lahirkan ramai lagi fashion designer Muslim yang boleh buat sesuatu yg totally Muslimah-compliant dan 'mesra cuaca' (as in sesuai dgn cuaca di sini). Dan magazine2 'muslimah' tempatan pun patut mainkan peranan sbb org akan ikut apa yg dipaparkan dlm majalah sbb mereka anggap apa yang ditunjukkan itu betul. If dlm magazine tunjuk fashion muslimah bertudung tak menutup dada, orang akan ikut begitu juga. If dlm magazine tunjuk wanita muslimah pakai pakaian yang berwarna terang dan memakai leggings pun orang akan ingat "oh.. boleh rupanya Muslimah pakai mcm ni.."

    Hopefully adalah org2 berkaitan dalam industri berkenaan take note of this.

    Thanks for the great reminder sis. May Allah bless you always.

    ReplyDelete
  2. skrg org dah amek remeh temeh pasal tutup aurat. yg tak tutup aurat x kisah, yg pakai purdah terang2an kena tentang..

    ReplyDelete
  3. wkslm TUM.

    patutlah kakchik lihat blog TUM diam je rupanya itu masalahnya. memang benar, zaman skrg ni fesyen telah menguasai cara menutup aurat yang akhirnya menjadi membalut badan saja.

    itulah, kat Kelantan ni pun kebanyak butik menjual pakaian Muslimah yang ada chain-store spt JW, PEACE dan OPTIMO adalah kepunyaan bukan Islam. kakchik pun ada saham juga tolong promor butik mereka secara tak langsung sebab promote abaya yang dibeli di situ.

    tapi syukur di sini masih banyak bisnes pakaian kepunyaan orang Islam yang kebanyakannya ahli pondok, jadi pakaian yang dijual tidaklah terlalu bergaya atau fancy.

    insyaAllah kita akan lihat tak lama lagi fashion designer tempatan yang Muslim benar-benar menghasilkan pakaian yang Islamik yang tepat dgn hukum syarak. mungkin kitalah orangnya, siapa tahu kan.

    ReplyDelete
  4. neem, manusia takut sebenarnya melihat wanita2 muslimah menutup aurat dgn sempurna kerana wanita yg sempurna menutup aurat sudah pasti menjaga amalannya dgn baik, mereka turut mempengaruhi orang sekeliling agar menjadi baik. bagi musuh Islam, mereka sangat bahaya.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Chik,

    Betul tu. Sebenarnya banyak gedung2 muslimah ni, non muslim punya. Tapi, kita yang tak perasan bila dorang guna nama ala2 orang Islam.

    Tapi, bukan nak kata tak de pilihan pakaian. Pilihan tu ada, cuma sejauh manakah kita sendiri nk amek inisiatif untuk pakai pakaian yang lebih menutup aurat.

    If pakaian tutup aurat tu lebih mahal, tapi menutup aurat dengan betul, why not beli? Sebenarnya, banyak je antara kita yang sanggup berhabis beratus2 untuk beli sehelai baju yang tidak shariah compliance.

    Kak Chik, alang2 saya nak share pakaian ke pejabat shariah compliance. Memang kemeja ni labuh dan besar, tapi still x nampak. uuntuk ke pejabat ada dan casual pun ada. :)

    boleh check Facebook: Yasmin Siddik

    Koleksi Women 2 Women.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Mz Aisya.

    Gedung muslimah ni sebenarnya jika takde pilihan, kita masih boleh membeli dgn mereka yg non-muslim tu.

    Betul tu, pilihan di tangan kita. Antara nak dgn taknak je. Harga itu boleh dipertimbangkan asalkan sempurna menutup aurat, berkualiti dan berbaloi, apa salahnya dibeli.

    Terima kasih kongsikan link fb Kak Yasmin dgn kakchik. InsyaAllah kakchik mmg sudah flw.

    ReplyDelete

ELENA KIMONO ABAYA UNTUK PRE ORDER

TARIKH TUTUP: 9 September 2017 TARIKH SAMPAI: 10 September 2017 PENGEPOSAN KEPADA PELANGGAN: 11 September 2017 CODE: ELENA KIMO...

Labels

Dubai Pre-Orders Sold Makluman Koleksi DAC Koleksi AS RM200 - RM300 RM150 - RM200 Ready-Stock Arab Saudi Tracking No Saiz S Saiz M TEMPAHAN Saiz XS Koleksi Jeddah PRE ORDER Open Front fashion polyvore style RM80 - RM150 Saiz L RM300 - RM400 Testimonial Sale Abaya Qatar Close Front Saiz XL Style Ideas Koleksi Eksklusif Penghantaran Hari Ini IN STOCK Inilah Kisahku Malaysia Shayla Butterfly Abaya Colored Abaya Koleksi IffahZara Gerai Jualan Promosi Jubah Koleksi NA Eksklusif My Story Pakistan Pashmina Pelanggan Yang Puashati Tudung 60 inci Video jenis material abaya How To IMKK Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan JENIS KAIN ABAYA Koleksi Sahara Niqab atau Purdah Tutorial Shayla Abaya Umbrella Cara Pakai Shayla Dari Bisnes Buku Ke Bisnes Abaya Guerlain Indonesia Jalabiya Koleksi BAT Koleksi Ibu Menyusu Nota Penghabisan Stok Saiz XXL Umbrella Abaya abaya jenis-jenis kain Coach Fursan INFO Idea Bergaya Jualan Ramadhan Monsoon Pertandingan Mencipta Logo Qatar Seminar Dr Azizan Osman Testimoni Vietnam A-cut Abaya Dubai Abaya Premium Accessorize Beg Tangan Koleksi Farlisey Bisnes Online Cara Pilih Saiz Abaya Custom Made Designer Replicas ELMU BISNES Ilmu Kain Abaya Kain Nida Koleksi Laniz Koleksi NA Koleksi RINAS Koleksi Umbrella Luxury Abaya Motivasi Bisnes Nearly Natural RM10 - RM70 Saudi crepe Seminar Marketing Power Single Layer Niqab Soal Jawab Abaya Stok Semasa TIP PENJAGAAN ABAYA Tip Membeli Abaya Year End Sale jenis-jenis bentuk abaya saiz abaya ALDO ARTIKEL Abaya Bajet Abaya Baru Abaya Berkualiti Abaya Fabric Abaya Fursan Abaya Kuwait Abaya Ladies Abaya Mahal Abaya Material Abaya Murah Abaya Party Abaya Replika Abaya Tanah Arab Abaya untuk semua Alumni Dr Azizan Osman Ann Taylor Apa itu abaya Aqsa Syarif Asal-usul abaya Auteurs Du Monde BANGKIT BANGKIT2014 Banjir di Thailand Bantaun Kemanusiaan Bencana Alam Bentuk Abaya Bersolek Big Buddha Big Shawl Buccellati By Malene Birger CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA Cakna Palestin Cara Ukur Abaya Carlos by Carlos Santana Clearance Sale Coaching DR AZIZAN OSMAN Demonstrasi Pakai Tudung Dunia Bisnes FAUSTO PUGLISI Fabric for abaya Feedback From Zero To Hero GIVEAWAY Hari Raya House of Harlow 1960 Hukum-Hakam IJI 2013 IJI2013 ISTIMEWANYA ABAYA QATAR Idea Adalah Rezeki Ikim.fm Intensif Jutawan Industri Internet crepe fabric Iosselliani Istilah Perniagaan Jane Norman Jualan Murah Jualan Penghabisan Stok Jualan Pra-Ramadhan Kain Fursan Kain Saudi Crepe Kak Tengku Norihan Punya Pasal Karnival Karnival Mahabbah Ikim.fm Kelantan Kelas Bisnes Online Percuma Keputusan Pertandingan Koleksi HnS Koleksi MoonAbaya Kota Bharu Kurt Geiger Lancôme Laura Mercier Lexus fabric Louis Vuitton MICHAEL Michael Kors Maklumbalas Makna abaya Mango Market Membeli-belah Moyna Mulberry Nida Nordic Ware Nuevo Oasis Online Bisnes Oozoo Opening Ceremony Organizational Behaviour Our Clients PEMASARAN PERLAKUAN ORGANISASI PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP Pakaian Solat Ready Pakaian menutup aurat Pengumuman Perkongsian Ilmu Pieces Plain Abaya Prada Prinsip Penting Bila Jual Pakaian Muslimah Proenza Schouler RM500 ke atas Readymade Roberto Del Carlo SPONSOR ABAYA Sedia Untuk Solat Selendang Arab Seminar Senarai 101 Impian Shawl Shopping Soal Jawab Agama Solat Ready Sole Society Speaking Stadium Sultan Muhammad Ke IV Susan Caplan Vintage Syarat Pakaian Wanita Islam TATARIAS ABAYA TIP BISNES TIP MEMBELI ABAYA ORIGINAL DARI NEGARA TELUK Tabaruj Tabung Kemanusiaan Gaza Tabung Palestin Tarha Tazkirah Tempoh Menunggu The Difference Between Abaya And Jelbab Tip Content Marketing Tips Tips Membeli Abaya di Mekah/Madinah Tips Memilih Rekaan Abaya Tips Memilih Saiz Abaya Type of fabric for abaya Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-2 Vans Yves Saint Laurent Zara Zimmermann abaya for work abaya shape abaya untuk badan besar abaya untuk orang kecil bisht daily essentials di mana abaya dijahit eid mubarak import abaya dari mana jilbab saiz-saiz abaya tempat jahit abaya what is abaya working attire

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails