Tapi sebelum tu, jom tengok lebih dekat abaya ini bermula dengan shaylanya. JANGAN LUPA klik gambar untuk imej lebih besar.
Jahitan lis yang kemas di hujung shayla.
Beginilah kekemasan jahitan dan corak di bahagian hujung lengan dan lengan abaya.
Cantik dan kemas lagi elegan bila dipakai.
KOD: AEA011 AISHA RED (buka untuk pesanan)
HARGA: RM190.00
MATERIAL: CREPE LEXUS, NIPIS LEMBUT, SELESA DIPAKAI
SPESIFIKASI:
Labuh - 50", Bahu - 15", Dada - 20"
Belahan di bahagian leher dengan butang sangkut, hiasan lis merah dan sedikit rhinestones indah di lengan, leher dan di bahu, dipasangkan shayla sedondon 70" x 26"
Inilah dia pelanggan kami yang berpuas-hati dengan Abaya Aisha Red. Asalnya beliau mengambil abaya ini untuk ditunjukkan kepada jirannya yang berminat membeli abaya tapi takdir telah menentukan abaya ini memang padan dengan potongan badan beliau tanpa sebarang ubah-suai. Alhamdulillah, akhirnya abaya ini menemui tuannya.
Terima kasih kak kerana membelinya. Semoga akak tidak jemu dengan abaya kami.
Beliau datang ke pejabat kakchik pagi ini untuk memberikan testominial. Hehehe, testimonial terbaik sebaik kakchik sendiri boleh melihatnya. Gambar terpaksa diedit untuk menjaga peribadi beliau.
Gambar dari sisi untuk menampakkan jahitan lis sebagai 'piping' abaya. Kalau lihat di luar lagi cantik.
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli abaya ini, pesanan kini dibuka. Bertindak segera untuk keselesaan dan kepuasan diri anda dalam berbusana Muslimah.
No comments:
Post a Comment