Para Peminat Abaya

Search This Blog

Loading...

May 22, 2013

MAAZ ABAYA CODE: MZ-0001 Mosaic Blue

Bismillah

Dapatkan designer abaya jenama MAAZ ini daripada kami. Ada 5 pasang dalam stok.
2 pasang untuk MZ-0001 Plum
1 pasang untuk MZ-0001 Mosaic Blue
2 pasang untuk MZ-0001 Boysenberry

Semuanya saiz M (Bahu 16", Dada 42", Lengan 24", Punggung 48", Labuh 60").

Harga Promosi: RM330.00 (Shayla Percuma)
PM jika mahu membelinya.





MZ-0001 Boysenberry

MZ-0001 Plum

May 21, 2013

ELMU BISNES: Tentang customer kita....

Oleh: Pn. Ainon Mohd.


Siapakah yang menggalas beban tugas mengurus customer kita?

Di syarikat besar lazimnya ditulis 'Sales and Customer Service Department' atau 'Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan'.

Jadi, apakah pelanggan diuruskan oleh sales manager?

Apakah itu bermakna salesman yang semestinya mengurus customer masing-masing?

Semasa bisnes kita masih kecil, kita tidak ada masa hendak memikirkan customer-management.

Dalam fasa ini, bisnes kita hidup dari hari ke hari. Minggu ke minggu. Bulan ke bulan. Selepas membayar gaji bulan ini, kita mula berhempas pulas mencari duit untuk membayar gaji bulan depan.

Ada 3 tugas:

1. Customer relationship

Di sini kita menjaga hubungan baik dengan customer kita. Ini tugas yang sangat direct. Lazimnya salesman kita akan menjalankan kerja ini bagi memastikan customernya terus kekal membeli produk kita, dan supaya mereka menokok pembelian dari masa ke masa.


2. Customer management

Tugas ini ada yang digalas oleh Sales Manager. Ada yang digalas oleh Marketing Manager.

Sales manager menentukan:

a. Bagaimana customer kita patut dikelompok-kelompokkan.
Jadi ada customer yang dimasukkan dalam kategori customer kesayangan, dan ada yang dimasukkan dalam senarai customer corot.
Lazimnya hanya 20% sahaja customer yang dimasukkan dalam senarai ini.

b. Jenis-jenis layanan dan kemudahan yang diberikan kepada jenis-jenis customer.
Customer kesayangan dipuji-puji, dilayan sampai mengalahkan layanan kepada mak mertua sendiri.


3. Customer development

Tugas ini digalas oleh Marketing Manager. Di sini marketing manager berhempas pulas menambahkan jumlah customer baru yang berkualiti.

Terima kasih Sifu.

May 15, 2013

STOK 2013: Abaya Kanak-Kanak

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Berikut ialah sebahagian stok abaya kanak-kanak yang ada di butik online kami.
Jika berminat, sila emailkan tempahan anda kepada: hanniaziz@yahoo.com
Terima kasih.

KOD ABAYA : AKK13-001
SAIZ: 38 (Sesuai anak usia 7 @ 8 tahun)
HARGA: RM100.00




KOD ABAYA : AKK13-003
SAIZ: 40 (Sesuai anak usia 8 tahun)
HARGA: RM130.00



KOD ABAYA : AKK13-004 (SOLD)
SAIZ: 48 
(Sesuai ketinggian 146cm - 150cm, anak-anak @ dewasa)
HARGA: RM150.00



KOD ABAYA : AKK13-005
SAIZ: 44 (Sesuai anak berusia 9 - 10 tahun)
HARGA: RM130.00



KOD ABAYA : AKK13-002
SAIZ: 40 (Sesuai anak usia 8 tahun)
HARGA: RM100.00


March 22, 2013

STOK BARU: Abaya Dubai Saiz 58/XL (SOLD)

Bismillah.

SOLD

CODE: AEL-1011 (Free Shayla)
SIZE: 58/XL
CUTTING: A - close front
PRICE: RM200.00
FABRIC: NIDA
ORDER FORM : http://www.abayaelegan.com/p/order-form.html







STOK BARU: ALIAA-2XX Saiz 56/L (SOLD)

Bismillahir Rahmanir Rahim.

SOLD

CODE: ALIAA-2XX (Free Shayla)
SIZE: 56/L (lengan lycra penuh)
CUTTING: A - close front
PRICE: RM170.00
FABRIC: NIDA
ORDER FORM : http://www.abayaelegan.com/p/order-form.html







STOK BARU: Abaya Kaftan Saiz 54/M (SOLD)

Bismillahir Rahmanir Rahim.

SOLD

Code: AEL-1010
Size: 54/M - Butterfly-cut
Material: Nida.
Price: RM240.00
ORDER FORM : http://www.abayaelegan.com/p/order-form.html







March 18, 2013

Bolehkah bersolek nipis ke tempat kerja? Sekadar bedak dan sedikit gincu?

Jawapan dari Ustaz Zainudin Hashim.


Soalan:

Saya seorang wanita yang bekerja, saya ingin bertanya mengenai hukum wanita bersolek yang agak tidak tebal, iaitu dengan mengenakan sedikit bedak dan gincu.

Ada teman yang menegaskan bahawa haram hukumnya bagi saya berbuat demikian sedangkan niat saya saya sekadar tidak mahu wajah kelihatan pucat, boleh pihak ustaz huraikan perkara itu?


Jawapan: 

Islam yang dibawa oleh junjungan agung Nabi Muhammad SAW merupakan satu-satunya agama yang menitik beratkan persoalan hubungan manusia dengan Penciptanya, malah ia diperakui sebagai agama yang menaikkan kedudukan wanita dibandingkan dengan fahaman aliran Jahiliyyah di zaman baginda. Tiap-tiap perintah atau larangan terdapat hikmah sama ada dapat dicapai atau sebaliknya.

Tentang persoalan yang saudari ajukan, pertama sekali kita perlu kembali kepada konsep bekerja buat wanita menurut pandangan Islam, apakah kaum Hawa ini diberi kelonggaran untuk keluar rumah bekerja atau sebaliknya?

Kalau dilihat kepada ayat 33 surah al-Ahzab, dengan jelas Allah SWT menegaskan bahawa kaum wanita diarahkan menetap di rumah dan dilarang berhias diri atau bersolek yang akan mengundang pelbagai fitnah. Namun para Ulamak fiqh telah membahaskan ayat di atas dan membuat beberapa pendekatan, para wanita Islam (muslimah) dibenarkan keluar rumah untuk bekerja atau kerana beberapa keperluan harian dengan beberapa syarat yang mesti dijaga dengan baik. Jika salah satu syarat daripada al-Quran dan Sunnah baginda itu tidak dapat dipenuhi, maka  seseorang muslimah itu perlu mengekalkan hukum untuk menetap di rumah.

Pertama: Dalam ayat 33 surah al-Ahzab di atas dengan jelas dan terang Allah SWT memerintahkan muslimah tidak bersolek ketika keluar rumah dengan apa pun alasan sama ada untuk bekerja atau yang lain. Perlu diingat bahawa seorang isteri hanya dibenarkan bersolek untuk suaminya hanya di rumah, bukannya di luar rumah apatah lagi berlainan pejabat, kerana dia (muslimah) terdedah kepada pandangan umum yang boleh jatuh kepada fitnah yang tidak terduga.

Bersolek adalah amalan wanita zaman Jahiliah seperti diberitahu oleh Allah dalam ayat tersebut, ukuran bersolek tidak kira tebal atau nipis, kalau sekadar memakai bedak masih boleh diterima bagi mengelak kulit muka dari berminyak.

Kedua: Seorang muslimah diwajibkan menutup kepalanya dengan hijab (tudung kepala), kerana pemakaian hijab adalah perintah secara langsung daripada Allah dan bukannya cadangan Nabi Muhammad SAW atau pandangan serta ijtihad para Fuqaha' (ahli-ahli fiqh seperti Imam-Imam Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali dan lain-lain).

Hal ini telah disebut dalam ayat 31 surah an-Nur dan ayat 59 surah al-Ahzab, di mana Allah SWT memerintahkan kaum muslimat memakai hijab (tudung kepala) hingga di bawah perhiasan mereka. Menafikan kewajiban memakai hijab adalah satu perbuatan mungkar di sisi Allah yang boleh menjejas aqidah.

Ketiga: Rasulullah SAW  melarang muslimah keluar dengan mengenakan wangi-wangian seperti mana yang pernah berlaku di zaman Baginda, ada seorang wanita keluar rumah untuk memunaikan solat jemaah, tiba-tiba baginda terhidu bau wangi, maka salah seorang sahabat mengkhabarkan kepada baginda bahawa yang mengenakan wangian itu adalah seorang muslimah, dan wanita itu diperintahkan agar pulang ke rumah walau pun alasannya untuk menunaikan solat.

Keempat: Larangan Rasulullah SAW kepada kaum muslimah agar memakai pakaian yang sempurna dengan tidak memakai pakaian yang terlalu ketat hingga kelihatan bentuk tubuh badan, nipis, singkat dan jarang, kerana dalam hal ini Rasulullah ada menegaskan bahawa mereka yang memakai pakaian seperti itu bagaikan bertelanjang walaupun memakai pakaian.
Maka, untuk muslimah yang keluar bekerja, jagalah batas-batas ini. Jangan bersolek, memakai hijab (tudung kepala), tidak mengenakan pakaian singkat, nipis, ketat dan jarang.

Dipetik dari; http://emjayjb.multiply.com/journal/item/14

Mohammad Zaidi Razali (MOZA)
Sumber: Yahoogroup zaharuddin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Label

Dubai (153) Sold (110) RM200 - RM300 (105) Ready-Stock (100) RM150 - RM200 (73) Pre-Orders (68) Koleksi DAC (61) Saiz S (53) Saiz L (50) Saiz M (50) Koleksi AS (46) Arab Saudi (45) Makluman (42) Saiz XS (41) Saiz XL (36) IN STOCK (30) Tracking No (26) Open Front (25) RM300 - RM400 (25) RM80 - RM150 (25) Koleksi Jeddah (23) Penghabisan Stok (23) Koleksi IffahZara (22) Jalabiya (18) Jualan Pra-Ramadhan (18) TEMPAHAN (17) PRE ORDER (16) Close Front (15) Dropshipper (15) Sale (15) Jualan Ramadhan (13) Testimonial (12) Koleksi BAT (11) Syria (11) Koleksi NA Eksklusif (10) Pakistan (10) Qatar (10) Style Ideas (10) Abaya Umbrella (9) Colored Abaya (9) Koleksi Ibu Menyusu (9) Koleksi MoonAbaya (9) Niqab atau Purdah (9) Penghantaran Hari Ini (9) Saiz XXL (9) Umbrella Abaya (9) Butterfly Abaya (8) KOLEKSI ALIAA (8) Koleksi Eksklusif (8) Koleksi Umbrella (8) Malaysia (8) Pashmina (7) Shayla (7) Tudung 60 inci (7) A-cut (6) Abaya Bajet (6) Gerai Jualan Promosi (6) Jubah (6) Video (6) Designer Replicas (5) How To (5) Koleksi Sahara (5) Pelanggan Yang Puashati (5) RM10 - RM70 (5) Tutorial Shayla (5) Cara Pakai Shayla (4) Indonesia (4) Koleksi RINAS (4) Vietnam (4) Abaya Kuwait (3) Abaya Qatar (3) Abaya Replika (3) Idea Bergaya (3) Koleksi Laniz (3) Koleksi NA (3) Koleksi Najlah (3) Luxury Abaya (3) Nida (3) Pertandingan Mencipta Logo (3) Beg Tangan Koleksi Farlisey (2) Clearance Sale (2) Ilmu (2) Jualan Penghabisan Stok (2) Koleksi Kanak-Kanak (2) Koleksi YYJA (2) Single Layer Niqab (2) Year End Sale (2) jenis material abaya (2) Abaya Baru (1) Abaya Kanak-Kanak (1) Abaya Party (1) Alumni Dr Azizan Osman (1) Apa itu abaya (1) Aqsa Syarif (1) Asal-usul abaya (1) Banjir di Thailand (1) Bantaun Kemanusiaan (1) Bencana Alam (1) Bersolek (1) CARA AGAR WARNA ABAYA TAHAN LAMA (1) Cakna Palestin (1) Demonstrasi Pakai Tudung (1) Designer Abayas (1) ELMU BISNES (1) GIVEAWAY (1) Handbag (1) Hari Raya (1) Hukum-Hakam (1) IMKK (1) INFO (1) Ikim.fm (1) India (1) Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (1) Istilah Perniagaan (1) JENIS KAIN ABAYA (1) Jualan Murah (1) Karnival (1) Karnival Mahabbah Ikim.fm (1) Kelantan (1) Keputusan Pertandingan (1) Koleksi Hana Ayu (1) Koleksi HnS (1) Kota Bharu (1) Low Cost Abayas (1) MAAZ Abaya (1) Makna abaya (1) Medium Class (1) Motivasi Bisnes (1) Organizational Behaviour (1) PERLAKUAN ORGANISASI (1) PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP (1) Pakaian menutup aurat (1) Pengumuman (1) Plain Abaya (1) Pre-Love (1) Princess Cut Abaya (1) RM500 ke atas (1) SPONSOR ABAYA (1) Soal Jawab Agama (1) Stadium Sultan Muhammad Ke IV (1) Stok Semasa (1) Swiss Polo (1) Syarat Pakaian Wanita Islam (1) TATARIAS ABAYA (1) TIP PENJAGAAN ABAYA (1) Tabaruj (1) Tabung Kemanusiaan Gaza (1) Tabung Palestin (1) Tazkirah (1) The Difference Between Abaya And Jelbab (1) Tudung Bulat (1) Ucap Selamat (1) Ulang Tahun Ke-2 (1) abaya shape (1) jenis-jenis bentuk abaya (1) jenis-jenis kain (1) what is abaya (1)